Kanada tiada rancangan ambil balik sisa plastik di M'sia
Ottawa tidak bercadang untuk mengambil semula sisa plastik yang berasal dari Kanada dan kini ditempatkan di Malaysia. Demikian kata jurucakap Kementerian Sekitaran Kanada pada Khamis (13 Jun).

(Gambar fail: Vincent Thian/AP Photo)
TORONTO: Ottawa tidak bercadang untuk mengambil semula sisa plastik yang berasal dari Kanada dan kini ditempatkan di Malaysia. Demikian kata jurucakap Kementerian Sekitaran Kanada pada Khamis (13 Jun).
Pada lewat Mei, kerajaan Malaysia menyatakan ia akan menghantar balik 3,000 tan sisa plastik ke 14 negara asalnya termasuk Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Australia dan Britain.
Dalam satu kenyataan e-mel kepada Reuters, Jurucakap Sekitaran dan Perubahan Iklim Kanada Gabrielle Lamontagne berkata, "tidak ada rancangan bagi pemerintah Kanada untuk mengambil semula sisa di Malaysia".
Beliau menambah Kanada tidak menerima maklumat tentang sebarang penghantaran sisa dari negaranya ke Malaysia sambil berkata bahawa kementeriannya sudah menghubungi kerajaan Malaysia untuk mendapatkan butiran.
Tidak dinyatakan berapa banyak jumlah sisa plastik yang berasal dari Kanada.
Sisa asing timbul sebagai punca keretakan dalam hubungan diplomatik di Asia Tenggara sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Filipina memanggil balik para diplomatnya ke Kanada pada Mei atas sisa isi rumah yang dibuang secara haram dari Kanada dan tidak dikembalikan ke Kanada menjelang tarikh akhir.
Pemerintah Kanada mencapai satu perjanjian bulan lalu dengan Manila untuk mengambil semula sisa isi rumah yang dijangka tiba ke Kanada selewat-lewatnya pada akhir Jun.
Awal minggu ini, Kanada mengumumkan rancangan untuk mengharamkan sebahagian plastik sekali duna seperti straw, beg plastik dan peralatan untuk makanan menjelang awal 2021. Ia demi mengurangkan sisa tidak boleh dikitar semula dan melindungi lautan-lautan dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.