Kakitangan SIA bakal terima bonus gaji 8 bulan susuli keuntungan pecah rekod
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para kakitangan Singapore Airlines (SIA) akan menerima bonus hampir lapan bulan, menyusuli hasil pendapatan syarikat penerbangan itu yang memecah rekod untuk dua tahun berturut-turut.
Tangkapan skrin daripada satu pembentangan yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIA Goh Choon Phong, yang dilihat Mediacorp, menyatakan bahawa kakitangannya akan mendapat bonus perkongsiaan keuntungan selama 7.94 bulan, iaitu yang tertinggi dalam sejarah syarikat penerbangan tersebut.
Ini lebih tinggi berbanding bonus 6.65 bulan gaji yang diberikan tahun lalu. Kakitangan yang layak juga menerima bonus ex gratia sehingga 1.5 bulan sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka semasa pandemik COVID-19.
Mediacorp sudahpun menghubungi Singapore Airlines dan syarikat penerbangan tambang murah Scoot untuk mengulas.
Pada Rabu (15 Mei), SIA melaporkan untung bersih tahunan memecah rekod sebanyak S$2.68 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir Mac tahun ini, yang sekali gus melebihi S$2.16 bilion yang dicatatkan tahun lalu.
Sementara itu, meskipun permintaan bagi perjalanan udara dari China belum kembali ke tahap prapandemik untuk syarikat penerbangan Singapore Airlines, skim bebas visa untuk warga China ke hab Asia itu telah membantu dan SIA menambah lebih banyak kapasiti untuk China tahun ini.
Encik Goh Choon Phong mendedahkan demikian sambil berkata, kapasiti penerbangan global telah kembali ke tahap pra-pandemik tahun ini.
Namun pemulihan lebih perlahan dalam industri penerbangan Asia disebabkan oleh permintaan antarabangsa yang masih lembap di China, iaitu ekonomi kedua terbesar di dunia.
Beliau berkata, skim bebas visa antara China dengan Singapura yang bermula pada Februari lalu telah merancakkan penerbangan bagi China.
SIA secara beransur-ansur memulihkan kapasiti bagi China termasuk wilayah Shanghai, Beijing dan Guangzhou tahun ini.
Syarikat penerbangan itu telah menggantung penerbangan bagi bulan April ke Chengdu, Chongqing, dan Xiamen ekoran kekurangan kelulusan kawal selia.

Sumber : CNA/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.