Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kafe popular Rumi The Poet's Cup di Haji Lane gulung tikar

Anggaran Waktu Membaca:
Kafe popular Rumi The Poet's Cup di Haji Lane gulung tikar

Kafe popular Rumi The Poet's Cup akan ditutup pada 30 Mac, 2025. (Gambar: Instagram/rumithepoetscup)

Diterbitkan : 11 Mar 2025 11:01AM Dikemas Kini : 11 Mar 2025 12:26PM
SINGAPURA: Kafe Rumi The Poet's Cup di Haji Lane mengumumkan pada Ahad (9 Mac) bahawa ia akan menutup kedai dan menghentikan operasi pada 30 Mac.

Kafe itu terkenal dengan minuman artisan termasuk caramel macchiato, teh tarik dan matcha latte.

Ia juga merupakan tempak 'lepak' popular bagi golongan muda, dengan menganjurkan sesi-sesi muzik secara langsung dan kegiatan lain.

Setakat ini, tiada sebab diberikan bagi penutupan tersebut.

Dalam satu video yang dimuat naik ke akaun Instagram Rumi The Poet's Cup, tertera satu mesej yang berbunyi: "Wahai Rumians, anda menjadikan tahun-tahun (kami di sini) sukar dilupakan. Cerita-cerita yang dikongsi sambil menikmati secawan kopi panas, waktu-waktu tenang untuk kita berfikir, dan persahabatan yang kita bina adalah kenangan yang akan kita simpan selamanya.

"Meskipun dengan hati yang berat kami menutup pintu kami, kami percaya pintu lain akan segera dibuka. Maka rakan-rakan yang dikasihi, ini bukan selamat tinggal, sebaliknya kami ucapkan jumpa lagi."

Mediacorp sudahpun menghubungi Rumi The Poet's Cup untuk mendapatkan komen.
 
Sumber : CNA/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan