Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kadar pengangguran di S'pura terus merosot

Keadaan pengangguran di Singapura semakin bertambah baik pada Mei dalam apa yang disifatkan sebagai satu petanda baik meskipun laluan menuju pemulihan dijangka mengambil masa lebih panjang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jul 2021 02:53PM Dikemas Kini : 01 Jul 2021 09:37PM

SINGAPURA: Keadaan pengangguran di Singapura semakin bertambah baik pada Mei dalam apa yang disifatkan sebagai satu petanda baik meskipun laluan menuju pemulihan dijangka mengambil masa lebih panjang.

Secara keseluruhannya, kadar pengangguran susut kepada 2.8 peratus pada Mei daripada 2.9 peratus pada bulan sebelumnya, menurut laporan keadaan pengangguran terkini oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Kadar pengangguran bagi rakyat jatuh 4 peratus pada Mei daripada 4.1 peratus pada April manakala kadar bagi penduduk pula merosot kepada 3.8 peratus daripada 3.9 peratus bagi tempoh yang sama.

Pada Mei, seramai 88,600 penduduk menganggur termasuk 79,000 rakyat. Penduduk merujuk kepada rakyat dan Penduduk Tetap Singapura (PR).

Kadar pengangguran Singapura kali terakhir berada pada tahap kemuncaknya pada September 2020 dan sedari itu, ia kekal mendatar atau merosot dari bulan ke bulan.

Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng pada Khamis (1 Jul) berkata bahawa trend penurunan pada kadar pengangguran adalah "satu isyarat baik bahawa pasaran buruh kita semakin meningkat".

"Namun, kami tetap optimis sambil berhati-hati mengenai keadaan tersebut sedang kami terus menyaksikan kemunculan semula virus itu secara global dan juga belum melihat kesan sepenuhnya sekatan Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat), yang bermula pada pertengahan Mei," tulis Dr Tan di Facebook.

"Jalan menuju pemulihan mungkin panjang. Sedang kita menyusun semula dan merancakkan kembali ekonomi kita agar dapat mewujudkan pekerjaan yang baik, saya menggesa perniagaan supaya memanfaatkan sokongan yang tersedia seperti Program Insentif Pertumbuhan Pekerjaan bagi memperluaskan pengambilan pekerja tempatan serta juga skim-skim sedia ada untuk berinovasi dan merubah proses kerja mereka."

Beliau juga menggalak para pemohon kerja yang memerlukan bantuan untuk mencari pekerjaan supaya mendampingi Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) serta Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), termasuk melalui 24 Pusat Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited di seluruh negara.

MOM mengeluarkan perangkaan mengenai pengangguran bulanan sejak Julai 2020. Sebelum itu, kadar tersebut diterbitkan pada setiap suku.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan