Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kadar inflasi teras SG kekal pada 5.1% pada Dis; purata 4.1% pada 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar inflasi teras SG kekal pada 5.1% pada Dis; purata 4.1% pada 2022

(Gambar: Hanidah Amin/CNA)

Diterbitkan : 25 Jan 2023 01:53PM Dikemas Kini : 25 Jan 2023 02:38PM
SINGAPURA: Kadar inflasi teras di Singapura kekal tidak berubah pada paras 5.1 peratus pada Disember berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Rabu (25 Jan).

Kenaikan kecil harga barangan runcit dan barangan lain, serta tenaga elektrik dan gas, diimbangi dengan kadar inflasi lebih tinggi bagi harga makanan dan perkhidmatan.

Demikian menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Kadar inflasi teras tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet.

Kadar inflasi keseluruhan turun sedikit pada 6.5 peratus berbanding 6.7 peratus yang dicatatkan pada November lalu.

Ia sebahagian besarnya disebabkan kadar inflasi pengangkutan privet yang lebih perlahan. Berdasarkan perbandingan bulanan pula, kadar inflasi teras naik 0.6 peratus manakala kadar inflasi keseluruhan meningkat sebanyak 0.2 peratus.

Bagi seluruh 2022, purata kadar inflasi teras ialah 4.1 peratus, jauh lebih tinggi daripada 0.9 peratus pada 2021.

Dalam tempoh yang sama, kadar inflasi umum pula naik kepada 6.1 peratus, daripada 2.3 peratus pada 2021.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan