Skip to main content

Kewangan

Kadar faedah simpanan tetap naik lebih 4%; bank terus pikat pelanggan

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar faedah simpanan tetap naik lebih 4%; bank terus pikat pelanggan

(Gambar fail: Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Kadar faedah bagi simpanan tetap di Singapura meningkat melebihi 4 peratus dengan bank di sini terus memberikan tawaran menarik di tengah-tengah persaingan untuk mendapatkan wang tunai.

Di OCBC, pelanggan akaun simpanan 360 utama bank itu boleh mendapatkan kadar faedah 4.08 peratus bagi simpanan minimum S$20,000 sepanjang tempoh lapan bulan. Ia merupakan sebahagian daripada tawaran Tahun Baru Cina yang dilancarkan minggu ini. Pelanggan yang tidak mempunyai akaun 360 pula mendapat kadar faedah 3.88 peratus.

Bank tersebut juga menawarkan pelanggan Premier Banking dan Premier Private mereka kadar faedah promosi 4.18 peratus bagi simpanan tetap untuk tempoh lapan bulan.

“Ini merupakan kadar faedah simpanan dolar Singapura tertinggi yang kami tawarkan kepada pelanggan dalam sejarah sepanjang kami beroperasi,” kata ketua simpanan OCBC Bank Na Kok Peng.

Tempoh lapan bulan ditawarkan sebagai melambangkan kemakmuran dalam bahasa Cina, kata Encik Na, sambil menambah bahawa tempoh yang lebih pendek juga menawarkan fleksibiliti kepada pelanggan.

OCBC adalah satu-satunya bank tempatan yang menawarkan kadar faedah simpanan tetap melebihi 4 peratus setakat ini.

UOB pula mengekalkan kadar promosinya bulan ini pada 3.55 hingga 3.95 peratus dalam pelbagai tempoh simpanan yang ditawarkan.

Bank terbesar Singapura, DBS,sebaliknya memilih untuk menaikkan kadar faedah simpanan tetap sebanyak dua kali tahun lalu.

Sementara itu, surang-kurangnya dua peminjam asing turut menaikkan kadar faedah simpanan tetap dalam dolar Singapura kepada lebih 4 peratus seawal bulan lepas.

Promosi oleh bank Malaysia CIMB di laman web Singapura menawarkan pelanggan kadar 4.05 peratus setahun untuk simpanan tetap selama sembilan bulan. Tempoh yang lebih panjang iaitu 12 dan 18 bulan ditawarkan kadar faedah 4.15 peratus. Bank itu juga menetapkan jumlah minimum S$10,000.

RHB pula menawarkan kadar promosi bagi simpanan 24 bulan pada 4.1 peratus untuk pelanggan Singapura yang menyimpan sekurang-kurangnya S$20,000 melalui aplikasi mudah alihnya.

Promosi seumpama itu ditawarkan ketika bank-bank pusat global menaikkan kadar faedah dalam usaha mengawal inflasi yang semakin meningkat.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita