Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kadar faedah simpanan tetap merosot di tengah unjuran ekonomi tidak menentu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadar faedah bagi simpanan tetap di Singapura merosot sejak beberapa bulan kebekalangan ini, turun daripada empat peratus yang dicatat pada awal tahun ini.

Kadar faedah yang lebih rendah di bank-bank Singapura dan asing itu berlaku di tengah-tengah prospek ekonomi yang tidak menentu.

Setakat Jumaat (21 Apr), OCBC menawarkan kadar faedah 3.4 peratus setiap tahun bagi akaun simpanan tetap enam bulan. Terdapat jumlah simpanan minimum S$5,000.

Kadar tersebut merosot daripada 4.08 peratus yang ditawarkan pada awal tahun untuk pelanggan akaun simpanan 360 utama bank itu, bagi simpanan minimum S$20,000 dalam tempoh lapan bulan. Pelanggan bukan akaun 360 mendapat kadar 3.88 peratus.

"Kami kerap menyemak kadar promosi simpanan masa kami, menyelaraskannya dengan landskap berdaya saing dan keadaan pasaran untuk menawarkan pelanggan kadar faedah yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan simpanan dan pengumpulan harta mereka," kata ketua pengurusan kekayaan OCBC Tan Siew Lee pada Jumaat (22 Apr) kepada Mediacorp.

Setakat Jumaat, UOB menawarkan kadar faedah 3.55 peratus setiap tahun selama enam bulan dan bagi simpanan tetap 10 bulan bernilai S$10,000 ke atas.

Pada awal tahun ini, bank tersebut menawarkan kadar yang sama bagi akaun simpanan enam bulan, 10 bulan dan 12 bulan bagi simpanan antara S$10,000 dan S$49,000.

Ia juga menawarkan kadar 3.85 peratus bagi jumlah antara S$50,000 dengan S$999,999, dan 3.95 peratus untuk deposit S$1 juta atau lebih.

Kadar faedah simpanan tetap di DBS kekal sama sejak Disember tahun lalu dengan kadar tertinggi ditawarkan bank itu merupakan 3.2 peratus setiap tahun bagi akaun 12 bulan antara S$1,000 dan S$19,999.

Bank terbesar Singapura itu tidak menawarkan promosi kadar faedah namun ia menaikkan
kadar faedah pinjaman rumah atau kadar deposit tetap am sebanyak tiga kali pada 2022.

"DBS terus menawarkan kadar faedah simpanan tetap yang mengikut harga pasaran, yang membolehkan pelanggan kami menikmati manfaat yang datang melalui kadar faedah yang lebih tinggi," kata jurucakap bank itu kepada Mediacorp.

Beberapa bank asing juga menurunkan kadar faedah simpanan tetap.

"Memandangkan pergerakan pasaran baru-baru ini, kami melihat kadar deposit dengan tempoh tertentu, terutamanya yang mempunyai tempoh pinjaman yang lebih lama, merosot sedikit berbanding dua bulan lalu," kata jurucakap HSBC, sambil menambah bahawa masih terdapat pengambilan kukuh tawaran simpanan tetap.

Pada Januari, CIMB bank Malaysia menawarkan kadar faedah 4.15 peratus setahun bagi akaun simpanan tetap 12 bulan dan 18 bulan dan 4.05 peratus bagi simpanan sembilan bulan.

Sehingga Jumaat, kadar faedah untuk pelanggan bank peribadi ialah 3.45 peratus setahun bagi simpanan minimum enam bulan sekurang-kurangnya S$10,000.

Sepanjang dua bulan lalu di Maybank, beberapa kadar faedah simpanan tetap menurun manakala yang lain kekal stabil.

Ia menawarkan 3.9 peratus setahun bagi akaun simpanan tetap 12 bulan dan 3.6 peratus setahun bagi akaun simpanan tetap 18 bulan. Ini adalah kadar yang sama yang ditawarkan untuk tempoh yang sama pada bulan Mac.

Jurucakap Maybank menekankan kesan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat ke atas kadar faedah di Singapura.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan