Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kadar faedah CPF kekal tidak berubah bagi suku kedua 2022

Kadar faedah bagi akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) kekal tidak berubah bagi suku kedua tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kadar faedah bagi akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) kekal tidak berubah bagi suku kedua tahun ini.

Demikian diumumkan oleh Lembaga CPF dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Jumaat (11 Feb).

Dari 1 April hingga 30 Jun, para pencarum CPF yang berusia bawah 55 tahun akan terus memperoleh kadar faedah sehingga 3.5 peratus setiap tahun bagi Akaun Biasa (OA) dan sehingga 5 peratus setiap tahun bagi Akaun Khas dan Akaun MediSave.

Kadar faedah itu termasuk 1 peratus tambahan bagi S$60,000 pertama gabungan baki simpanan mereka.

Bagi mereka yang berusia 55 tahun dan ke atas, Pemerintah akan membayar faedah tambahan 2 peratus pada S$30,000 pertama gabungan baki simpanan mereka, yang dihadkan kepada S$20,000 bagi Akaun Biasa. Pemerintah juga akan membayar faedah tambahan 1 peratus bagi S$30,000 seterusnya.

Ini bermakna mereka akan menerima sehingga 6 peratus faedah setiap tahun bagi baki simpanan persaraan, menurut Lembaga CPF dan HDB.

"Faedah tambahan yang dibayar kepada pencarum CPF adalah sebahagian daripada usaha Pemerintah untuk mempertingkatkan simpanan persaraan bagi para pencarum CPF," menurut kedua-dua lembaga itu.

Faedah tambahan pada Akaun Biasa akan disalurkan kea Akaun Khas atau Akaun Persaraan pencarum.

Jika pencarum berusia 55 tahun ke atas dan menyertai Skim CPF LIFE (Pendapatan Sepanjang Hayat Bagi Orang Yang Lanjut Usia), mereka tetap akan menerima kadar faedah tambahan pada gabungan baki simpanan iaitu termasuk simpanan yang digunakan untuk CPF Life.

Kadar faedah OA akan dikekalkan pada 2.5 peratus setiap tahun, yang bermakna kadar faedah bagi pinjaman perumahan HDB - ditambat pada 0.1 peratus lebih tinggi daripada kadar faedah OA - kekal tidak berubah pada 2.6 peratus setiap tahun.

Kadar faedah 4 peratus akan dikekalkan bagi Akaun Khas dan Akaun MediSave bagi suku kedua 2022 dan sehingga hujung tahun ini bagi Akaun Persaraan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan