Kad kredit Robinsons bersama OCBC dibatalkan mulai 15 April tahun depan
Menyusuli pengumuman gedung serbaneka Robinsons di Singapura, kad kredit Robinsons bersama OCBC akan dibatalkan mulai 15 April tahun depan.
Gambar gedung Robinsons di Raffles City dipetik pada 27 Mei 2020 (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY
SINGAPURA: Menyusuli pengumuman gedung serbaneka Robinsons di Singapura, kad kredit Robinsons bersama OCBC akan dibatalkan mulai 15 April tahun depan.
Rebat apabila berbelanja di Robinsons dan cawangan-cawangan Marks & Spencer menggunakan kad itu pula akan diberi sehingga 5 November ini.
Selepas tarikh itu, para pemegang kad tersebut hanya boleh mengumpul mata ganjaran apabila berbelanja di kedai-kedai lain sebelum 14 April.
Mata ganjaran Robinsons yang belum ditebus pula akan ditukar kepada mata ganjaran OCBC pada 15 April 2021.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.