Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jumlah trafik penumpang udara naik 57% pada Sep, menurut IATA

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Jumlah trafik atau pergerakan penumpang udara bagi September 2022 meningkat 57 peratus dari tahun ke tahun,memaparkan pemulihan segmen itu terus kukuh, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Pada masa ini, trafik global adalah 73.8 peratus pada September lalu. 

IATA manyatakan permintaan bagi pengangkutan udara bertambah baik walaupun dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik.

“China yang masih melaksanakan strategi sifar COVID-19, menutup sebahagian besar sempadan dan menjadikan permintaan tidak menentu bagi pasaran domestik dengan angka trafik udaranya untuk September susut 46.4 peratus berbanding setahun sebelumnya.

“Keadaan itu jelas berbeza dengan kawasan lain di Asia Pasifik yang mencatat lonjakan sebanyak 464.8 peratus dari segi trafik antarabangsa berbanding setahun lalu biarpun dalam persekitaran prestasi China yang suram,” kata Ketua Pengarah IATA Willie Walsh dalam satu kenyataan.

Menurut IATA, trafik bagi September 2022 naik 6.9 peratus berbanding tempoh sama pada 2021 manakala trafik antarabangsa melonjak 122.2 peratus berbanding September 2021, dengan semua pasaran mencatat pertumbuhan kukuh yang diterajui oleh Asia Pasifik.

Dalam pada itu, pasaran kargo udara sejagat menyaksikan permintaan merosot 10.6 peratus tahun ke tahun berbanding September 2021, namun terus menghampiri prestasi sebelum pandemik.

Encik Walsh berkata walaupun kegiatan kargo udara hampir menyerupai paras 2019, jumlah perdagangan sebaliknya lebih rendah daripada prestasi cemerlang 2021 berikutan keadaan industri yang berdepan kekangan tertentu.

“Di peringkat pengguna dengan sekatan perjalanan ditarik balik, ramai yang menghabiskan lebih banyak masa melancong dan kurang berbelanja secara online.

“Sebaliknya di peringkat makro, peringatan mengenai peningkatan kemelesetan dijangka memberi kesan negatif terhadap aliran kargo dan perkhidmatan global yang diimbangi sedikit oleh pengukuhan harga minyak,” jelasnya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan