Jumlah penumpang SIA Group melonjak 10 kali ganda pada April
Singapore Airlines (SIA) Group melaporkan jumlah penumpangnya naik lebih 10 kali ganda pada April berbanding tahun lalu.

Gambar fail pesawat Scoot, Silkair dan SIA di landasan Lapangan Terbang Changi (Gambar: Reuters/Edgar Su)
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) Group melaporkan jumlah penumpangnya naik lebih 10 kali ganda pada April berbanding tahun lalu.
Ini menyusuli peningkatan kapasiti penumpang secara berhati-hati sepanjang 12 bulan lalu, menurut SIA Group pada Isnin (17 Mei). Kapasiti penumpangnya meningkat kepada sekitar 24 peratus tahap sebelum pandemik menjelang April tahun ini.
Syarikat-syarikat penerbangan di bawah kumpulan itu membawa sekitar 110,300 penumpang pada April, berbanding 10,800 pada tempoh yang sama tahun lalu.
Kumpulan syarikat tersebut melaporkan kadar penumpang sebanyak 13.7 peratus bagi bulan itu, meningkat dari 4.6 peratusan mata berbanding tahun lalu.
"Meskipun terdapat lebih keyakinan disebabkan kadar vaksinasi di seluruh dunia, kawalan sempadan dan sekatan perjalanan tetap dilaksanakan setelah berlaku gelombang baru jangkitan COVID-19 dan munculnya jenis virus yang lebih berbahaya," kata SIA Group.
Menurutnya sehingga akhir April, Singapore Airlines terbang ke 49 destinasi.
Rangkaian Silkair dikurangkan kepada tiga destinasi - Cebu, Kathmandu dan Singapura manakala Scoot mengendalikan penerbangan ke 19 destinasi.
Penerbangan ke Asia Selatan dan Eropah bagaimanapun terus digantung.
SIA Cargo pula mencatat muatan kargo bulanan sebanyak 92.1 peratus pada April, tambahan 16.5 peratusan mata berbanding tahun lalu. Jumlah kargo meningkat 82.7 peratus menyusuli penambahan kapasiti sebanyak 49.9 peratus.
Semua wilayah laluan penerbangan kecuali Asia Barat dan Afrika mencatat peningkatan muatan kargo pada April berbanding tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.