Jumlah penumpang SIA Group junam 99.3% pada Jun
Singapore Airlines (SIA) Group mencatat penjunaman 99.3 peratus dalam jumlah penumpang dari tahun ke tahun pada Jun, menurut hasil operasinya yang diterbitkan pada Rabu (15 Jul).

Gambar fail pesawat Scoot, Silkair dan SIA di landasan Lapangan Terbang Changi (Gambar: Reuters/Edgar Su)
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) Group mencatat penjunaman 99.3 peratus dalam jumlah penumpang dari tahun ke tahun pada Jun, menurut hasil operasinya yang diterbitkan pada Rabu (15 Jul).
Hasil keseluruhan meningkat sedikit dari Mei meskipun permintaan perjalanan terus terjejas teruk akibat COVID-19 sedang penerbangan disambung semula secara perlahan-lahan bulan lalu.
Oleh kerana kawalan sempadan dan sekatan perjalanan tetap dikuat kuasakan di seluruh dunia, keupayaan menampung penumpang secara keseluruhan dikurangkan sebanyak 95.1 peratus dan kadar muatan penumpang jatuh kepada 12.2 peratus, menurut SIA. Ini adalah satu peningkatan berbanding keupayaan menampung penumpang secara keseluruhan pada Mei iaitu sebanyak 96.2 peratus dengan kadar muatan penumpang 8.6 peratus.
Tahap keupayaan menampung penumpang adalah 94 peratus lebih rendah daripada tahun lalu, dengan hanya segelintir rangkaian penerbangan yang beroperasi, menghubungkan Singapura dengan 24 bandar.
Jumlah penumpang cabang syarikat serantau SIA, SilkAir, menjunam 99.7 peratus pada Jun, berbanding kemerosotan 99.8 peratus pada Mei.
Pengangkutan penumpang bagi syarikat tambang murah Scoot menjunam 99.8 peratus berbanding 99.9 peratus pada Mei.
Dalam laporannya SIA Group menyatakan pihaknya terus meneliti perancangan keupayaannya.
"Pandangan kami kini adalah ramalan pemulihan adalah lebih perlahan daripada apa yang dijangkakan sebelum ini, dan akan membawa kesan ketara pada keupayaan menjana pendapatan pada tahun kewangan 2021."
Syarikat penerbangan negara itu juga mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa bertindak dalaman untuk mengkaji semula operasinya dan bersiap sedia apabila sektor penerbangan pulih semula.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.