Skip to main content

Kewangan

Jumlah penumpang SIA Group junam 98.6% pada Julai

Pada Isnin (17 Ogos), SIA Group mengeluarkan perangkaan yang menunjukkan bahawa tiga syarikat penerbangannya terus mengalami jumlah penumpang yang merosot pada Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah penumpang SIA Group junam 98.6% pada Julai

Gambar fail pesawat Scoot, Silkair dan SIA di landasan Lapangan Terbang Changi (Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 18 Aug 2020 12:16AM Dikemas Kini : 18 Aug 2020 12:19AM

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) Group terus terjejas dengan kesan pandemik COVID-19.

Pada Isnin (17 Ogos), syarikat tersebut mengeluarkan perangkaan yang menunjukkan bahawa tiga syarikat penerbangannya terus mengalami jumlah penumpang yang merosot pada Julai.

Menurut SIA Group, ini disebabkan oleh permintaan bagi perjalanan udara yang masih "sangat terhad", dengan kawalan sempadan dan sekatan perjalanan terus dikuatkuasakan akibat COVID-19.

Muatan penumpang secara keseluruhannya jatuh 98.6 peratus pada Julai berbanding setahun lalu, manakala kapasiti penumpang secara keseluruhan menjunam 94.3 peratus bagi tempoh yang sama. Faktor muatan penumpang SIA Group mencecah paras 21.6 peratus, kemerosotan 64.2 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Dari segi faktor muatan pula, semua wilayah laluan penerbangan mencatatkan peningkatan pada Julai.

Faktor muatan untuk SIA Group adalah 26.5 peratus dengan kapasitinya menguncup 60.9 peratus berbanding setahun lalu, menjangkaui kemerosotan 43.1 peratus pada pergerakan muatan.

Pada Julai, Singapore Airlines melaporkan kerugian bersih $1.12 bilion pada suku pertama setelah menurunkan kapasitinya secara mendadak ekoran sekatan perjalanan di tengah-tengah pandemik COVID-19. Ini berbanding keuntungan S$111 juta pada tempoh yang sama setahun lalu.

Bagi Singapore Airlines, kapasiti bagi Julai adalah 93.1 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan Julai tahun lalu, dengan kadar operasi sangat rendah yang menghubungkan Singapura dengan 25 bandar metropolitan.

SilkAir, yang hanya mengendalikan penerbangan ke Chongqing, Kuala Lumpur dan Medan pada Julai, menyaksikan jumlah penumpangnya menjunam sebanyak 99.6 peratus berbanding setahun lalu jika dibandingkan dengan kapasiti yang diturunkan sebanyak 99.3 peratus.

Pengangkutan penumpang bagi syarikat penerbangan tambang murah Scoot menjunam 99.6 peratus pada Julai berbanding setahun lalu, dengan kapasitinya diturunkan 97.1 peratus, yang menyebabkan faktor muatan penumpang mencecah 12.6 peratus, menurut SIA Group.

Ia membawa 4,600 penumpang melalui rangkaiannya bulan lalu, berbanding 962,000 penumpang yang melakukan perjalanan pada Julai 2019.

Pada Julai, Scoot menambah bilangan destinasi yang dikendalikannya kepada sembilan: Guangzhou, Hong Kong, Ipoh, Kuching, Nanjing, Pulau Pinang, Perth, Surabaya dan Taipei. Operasi ke Asia Barat dan Eropah masih digantung.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita