Jumlah pemberhentian pekerja merosot di Singapura pada 2024; pertumbuhan lebih perlahan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: iStock)
SINGAPURA: Jumlah pemberhentian pekerja merosot pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan pekerjaan lebih perlahan, menurut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (27 Jan).
Jumlah pemberhentian pekerja pada 2024 adalah sebanyak 12,930, berbanding 14,590 pada 2023. Tiada peningkatan ketara bagi semua sektor, menurut MOM.
Insiden pemberhentian pekerja juga merosot daripada 6.7 diberhentikan bagi setiap 1,000 pekerja pada 2023 kepada 5.8 pada 2024.
Kedua-dua jumlah pemberhentian pekerja dan insiden pemberhentian pekerja kekal dalam norma bukan kemelesetan ekonomi.
"Penyusunan semula perniagaan atau penstrukturan semula adalah punca utama pemberhentian pekerja pada 2024," menurut MOM.
Suku terakhir 2024 menyaksikan peningkatan pada jumlah pemberhentian pekerja kepada 3,600 berbanding 3,050 pada suku ketiga.
"Pemberhentian pekerja meningkat dalam sektor pengilangan dan perkhidmatan, sementara ia kekal stabil dalam sektor binaan," dedah MOM dalam laporannya.
KADAR PENGANGGURAN
Menurut anggaran, keadaan pengangguran Singapura kekal "agak stabil dan rendah" sepanjang 2024.
Kadar pengangguran tahunan pada 2 peratus adalah "secara umum konsisten" dengan 2023, iaitu 1.9 peratus.
Kadar pengangguran dalam kalangan penduduk meningkat sedikit daripada 2.7 peratus pada 2023 kepada 2.8 peratus pada 2024, manakala kadar pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan kekal tidak berubah pada 2.9 peratus.
Kadar pengangguran bagi penduduk dan rakyat meningkat dari September hingga Oktober 2024, meningkat daripada 2.6 peratus kepada 2.8 peratus dan masing-masing daripada 2.7 peratus kepada 2.9 peratus.
Kadar ini kekal stabil pada bulan November dan Disember, dalam julat biasa untuk tempoh bukan kemelesetan ekonomi, kata MOM. Kadar pengangguran secara keseluruhannya kekal tidak berubah pada 1.9 peratus.
PERTUMBUHAN PEKERJAAN LEBIH PERLAHAN
Pengambilan pekerja di Singapura terus berkembang pada 2024 walaupun pertumbuhannya perlahan.
Secara keseluruhan, pengambilan pekerja pada 2024 dijangka sebanyak 45,500, lebih rendah daripada peningkatan 78,800 pada 2023, apabila bilangan pemegang permit kerja meningkat dengan ketara.
Pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk meningkat pada 2024 selepas mencatatkan penurunan pada tahun sebelumnya.
Pada 2024, lebih ramai penduduk bekerja dalam sektor berkemahiran tinggi termasuk khidmat profesional, khidmat kewangan serta khidmat kesihatan dan sosial.
“Pertumbuhan pengambilan pekerja bukan penduduk lebih sederhana pada 2024 berbanding 2023, dengan pengambilan pekerja dalam sektor binaan meningkatkan pengambilan pekerja dalam kalangan pemegang permit kerja,” kata MOM.
Pengambilan pekerja secara keseluruhannya merosot pada suku keempat kepada 8,700 berbanding 22,300 pada suku ketiga.
Bagaimanapun, ia masih lebih tinggi berbanding suku terakhir pada 2023, iaitu 3,900.
Permintaan bagi pekerja dalam kalangan penduduk bagi sektor-sektor yang berkembang kekal kukuh, dengan peningkatan pekerjaan dalam sektor-sektor utama seperti khidmat profesional, khidmat kewangan, dan khidmat kesihatan dan sosial.
"Terdapat juga peningkatan pada perdagangan runcit disebabkan oleh pengambilan pekerja musim hujung tahun, berikutan penurunan pada suku sebelumnya," tambah MOM.
Sama seperti suku-suku tahun lalu, pertumbuhan pengambilan pekerja dalam kalangan bukan penduduk sebahagian besarnya didorong oleh sektor binaan, di mana majikan tidak dapat mencari pekerja dalam kalangan penduduk tempatan yang mencukupi untuk mengisi jawatan-jawatan itu.
Pengambilan pekerja dalam kalangan bukan penduduk merosot dalam sektor berorientasikan luar seperti infokom dan perkhidmatan insurans.
RAMALAN
Dengan persekitaran ekonomi yang bertambah baik, pasaran buruh Singapura dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhannya pada masa hadapan, kata MOM.
Tinjauan oleh MOM turut menunjukkan bahawa jumlah syarikat yang dijangka akan mengambil lebih ramai pekerja meningkat daripada 43 peratus pada September kepada 46 peratus pada Disember.
Kira-kira 32 peratus syarikat yang ditinjau pada Disember lalu berkata mereka merancang untuk menaikkan gaji, dua kali ganda daripada 16 peratus pada September.
"Namun, dengan ketidaktentuan yang berterusan dalam ekonomi global, majikan dan pekerja perlu meneruskan transformasi dan peningkatan kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan merebut peluang baharu," kata MOM.
Menurut MOM lagi, para majikan perlu mengambil kira kekangan tenaga kerja yang semakin meningkat, sedang tenaga kerja dalam kalangan penduduk semakin menua dan berkurangan dalam jangka panjang.
"Dengan kadar penyertaan tenaga buruh dalam kalangan penduduk yang tinggi mengikut piawai antarabangsa dan pengangguran yang rendah dalam kalangan penduduk, terdapat ruang yang terhad untuk pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk terus berkembang," kata kementerian itu.
“Majikan perlu memaksimumkan potensi pekerja mereka dengan melabur dalam pembangunan modal insan.
"Untuk mengekalkan daya saing ekonomi Singapura dan melengkapkan tenaga kerja dalam kalangan penduduk, kita perlu kekal terbuka kepada pelaburan asing dan bakat global, yang seterusnya akan menjana lebih banyak peluang untuk perniagaan tempatan dan pekerjaan berkualiti untuk rakyat Singapura."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.