Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jumlah pelawat asing ke Indonesia melonjak 206.25% pada Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah pelawat asing ke Indonesia melonjak 206.25% pada Mac

(Gambar: Sonny Tumbelaka/AFP)

Diterbitkan : 09 May 2022 02:40PM Dikemas Kini : 09 May 2022 02:40PM

JAKARTA: Indonesia melaporkan peningkatan sebanyak 206.25 peratus pada jumlah pelawat asing yang memasuki negara itu melalui lapangan terbang dan pelabuhan utama negara tersebut pada Mac.

Ini sedang Indonesia secara bertahap-tahap melonggarkan kawalan sempadannya, menurut data rasmi pada Isnin (9 Mei).

Ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu menyaksikan ketibaan sekitar 40,800 warga asing pada Mac berbanding dengan kira-kira 13,300 pada tempoh yang sama setahun lalu, menurut data biro statistik. 

Sepanjang tempoh antara Januari hingga Mac tahun ini, Indonesia mencatatkan 74,383 ketibaan dari luar negara, menurut data rasmi, melonjak 228.24 peratus berbanding setahun lalu, lapor Reuters. 

Namun, perangkaan ini jauh lebih rendah berbanding paras sebelum pandemik melanda, dengan Indonesia biasanya akan mencatatkan sekitar sejuta pelawat setiap bulan. 

Bali dibuka semula kepada sebahagian besar pelawat asing pada awal tahun ini dan pulau peranginan itu juga sudah melonggarkan syarat-syarat kuarantin. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa