Skip to main content

Kewangan

Jumlah pelanggan berbayar khidmat penstriman Disney+ cecah 100 juta

Khidmat penstriman Disney+ Walt Disney Co sudah melepasi lebih 100 juta pelanggan berbayar di merata dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah pelanggan berbayar khidmat penstriman Disney+ cecah 100 juta

Gambar fail. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 10 Mar 2021 09:28AM Dikemas Kini : 10 Mar 2021 09:30AM

LOS ANGELES: Khidmat penstriman Disney+ Walt Disney Co sudah melepasi lebih 100 juta pelanggan berbayar di merata dunia.

Demikian didedahkan oleh Ketua Eksekutif Bob Chapek semasa mesyuarat tahunan pemegang saham syarikat itu.

Khidmat penstriman Disney+ dilancarkan pada 12 November 2019 di Amerika Syarikat, Kanada dan Belanda. Khidmat itu kemudian diperluaskan kepada puluhan negara lain termasuk Singapura pada 23 Februari lalu.

Encik Chapek juga berkata Disney berharap untuk membuka semula taman-taman temanya di California pada hujung April ini.

Taman-taman itu ditutup setahun lalu disebabkan pandemik COVID-19.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita