Jualan runcit SG naik 2.2% pada Okt berbanding setahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
![Jualan runcit SG naik 2.2% pada Okt berbanding setahun lalu Jualan runcit SG naik 2.2% pada Okt berbanding setahun lalu](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--n3giFW2---/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2023/07/04/retail.jpg?itok=-eh585MA)
Gambar: AFP/Roslan Rahman
SINGAPURA: Jualan runcit di Singapura naik sebanyak 2.2 peratus pada bulan Oktober, berbanding setahun lalu.
Kadar itu sedikit lebih tinggi berbanding pertumbuhan 1.9 peratus yang dicatat pada September.
Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit naik 0.3 peratus, berbanding penurunan sebanyak 1.5 peratus pada bulan sebelumnya.
Secara keseluruhan, penjualan runcit dianggarkan bernilai S$4.1 bilion, dengan transaksi secara online membentuk hampir 13 peratus.
Penjualan bagi sektor makanan dan minuman (F&B) naik 3.9 peratus pada Oktober dalam perbandingan tahun ke tahun, sekali gus mengatasi pertumbuhan 1.6 peratus yang dicatat pada September.
Khidmat katering makanan menyaksikan lonjakan sebanyak 17.2 peratus, dipacu oleh permintaan bagi makanan dalam pesawat serta tempahan katering bagi acara.
Jualan di restoran pula meningkat sebanyak 4.8 peratus sepanjang Oktober, berbanding setahun yang lalu.
Secara keseluruhan, jualan F&B pada Oktober dianggarkan mencecah S$997 juta.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.