Jualan runcit SG naik 1.1% pada Mac; dipacu kategori jam tangan & barang kemas
Jualan runcit di Singapura meningkat 1.1 peratus pada Mac tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, selepas mencatatkan kemerosotan 3.5 peratus pada bulan sebelumnya.
Sektor runcit Singapura pula mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Kategori jam tangan dan barang kemas mencatatkan pertumbuhan tertinggi sebanyak 13.5 peratus.
Beberapakategori lain juga mengalami pertumbuhan termasuk kosmetik, peralatan mandi dan perubatan (3.6%) dan pasar raya serta pasar raya besar (3.4%).
Namun bagi kategori-kategori seperti pasar raya mini dan kedai serbaneka, penjualan pakaian dan kasut merosot.
Sementara itu, jualan makanan dan minuman (F&B) merosot sebanyak 2.8 peratus pada Mac tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, meneruskan trend kemerosotan pada Februari lalu.
Trend itu konsisten dengan kemerosotan yang dicatatkan oleh restoran, kafe, medan selera dan tempat makan lain.
Hanya syarikat katering makanan mencatatkan kenaikan dari segi jualan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.