Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan runcit September naik 1.9%

Penjualan runcit bagi bulan September naik 1.9 peratus berbanding setahun lalu, dengan penjualan di stesen-stesen minyak dan jam tangan serta barang kemas mencatat peningkatan paling ketara.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan runcit September naik 1.9%

Gambar fail: Calvin Oh

Diterbitkan : 12 Nov 2018 03:53PM Dikemas Kini : 12 Nov 2018 05:02PM

SINGAPURA: Penjualan runcit bagi bulan September naik 1.9 peratus berbanding setahun lalu, dengan penjualan di stesen-stesen minyak dan jam tangan serta barang kemas mencatat peningkatan paling ketara.

Menurut Indeks Penjualan Runcit yang dikeluarkan hari ini (12 Nov), penjualan di stesen minyak melonjak 11.4 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu, dengan sebahagian besarnya dirangsang oleh harga minyak yang lebih tinggi.

Jumlah penjualan meningkat 2.1 peratus setelah mengecualikan kesan harga, menurut Jabatan Statistik Singapura.

Penjualan jam tangan dan barang kemas naik 7.4 peratus, yang sebahagiannya didorong oleh permintaan jam tangan yang lebih tinggi.

Sektor-sektor lain turut mencatat peningkatan termasuk barangan perubatan dan kelengkapan dandanan diri (3.3 peratus) dan pakaian serta kasut (3 peratus).

Sementara itu, penjualan komputer dan perkakas telekomunikasi mengalami kemerosotan terbesar. Ia merosot 5.8 peratus berbanding September tahun lalu. Penjualan barangan optik dan buku pula jatuh 3.1 peratus.

Secara keseluruhannya, nilai penjualan runcit pada bulan September adalah S$3.6 bilion, dengan penjualan online membentuk 4.9 peratus daripada jumlah tersebut.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan