Skip to main content

Kewangan

Jualan runcit S'pura menjunam 52.1% semasa 'circuit breaker'

Penjualan runcit Singapura secara keseluruhannya mengalami kejatuhan 52.1 peratus pada Mei berbanding setahun lalu semasa negara ini menguatkuasakan langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 ketika itu, menurut perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (SingStat) pada 3 Jul.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan runcit S'pura menjunam 52.1% semasa 'circuit breaker'

Keadaan di sebuah pusat beli-belah semasa penularan COVID-19 di Singapura pada 15 Mei 2020. (Gambar: Edgar Su/REUTERS)

Diterbitkan : 03 Jul 2020 06:10PM Dikemas Kini : 03 Jul 2020 06:12PM

SINGAPURA: Penjualan runcit Singapura secara keseluruhannya mengalami kejatuhan 52.1 peratus pada Mei berbanding setahun lalu semasa negara ini menguatkuasakan langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 ketika itu, menurut perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (SingStat) pada Jumaat (3 Jul).

Ini merupakan kemerosotan paling ketara sejak ia rekod sedemikian mula dicatatkan pada 1986, mengatasi rekod sebelumnya pada April.

Penjualan lebih rendah itu "sebahagian besarnya disebabkan" langkah 'circuit breaker' yang dilaksanakan pada bulan Mei, jelas SingStat.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit menjunam 45.2 peratus, lebih rendah daripada 32.5 peratus pada April.

Berbanding dengan bulan sebelumnya, penjualan runcit yang disesuaikan mengikut musiman meleset 21.5 peratus pada Mei. Penjualan runcit yang disesuaikan mengikut musiman jatuh 20.1 peratus tidak termasuk kenderaan bermotor.

Para penganalisis sebelum ini berkata penjualan runcit mungkin mula pulih hanya selepas Singapura memasuki Fasa 2. Namun, kemerosotan itu mungkin pada akhirnya boleh menyebabkan penjualan sepanjang tahun untuk menguncup lebih tiga kali ganda berbanding pada 2019. Fasa 2 pembukaan semula ekonomi Singapura bermula pada 19 Jun.

SingStat menyatakan ada "sedikit peningkatan" pada khidmat makanan dan minuman (F&B).

Berbanding tempoh sama tahun lalu, penjualan bagi khidmat F&B menjunam 50.1 peratus pada Mei 2020 - sedikit kemajuan daripada kemerosotan 52.7 peratus pada April. Ini sebahagian besarnya akibat langkah pemutus jangkitan dengan semua kedai F&B hanya dibenarkan beroperasi untuk penghantaran atau makanan yang dibungkus untuk dibawa pulang

Berdasarkan penyesuaian musiman, penjualan khidmat F&B naik 4.1 peratus pada Mei berbanding bulan sebelumnya.

SingStat menyatakan dalam sektor itu, semua industri mengalami kemerosotan berbanding setahun lalu.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita