Skip to main content

Kewangan

Jualan runcit S'pura jatuh lagi pada Ogos tapi pada rentak lebih perlahan

Penjualan runcit di Singapura jatuh pada rentak lebih perlahan pada Ogos, sebanyak 5.7 peratus berbanding tahun lalu, di tengah-tengah permintaan kukuh bagi kereta baru dan terpakai, menurut Jabatan Perangkaan (SingStat) pada Isnin (5 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan runcit S'pura jatuh lagi pada Ogos tapi pada rentak lebih perlahan

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 05 Oct 2020 05:26PM Dikemas Kini : 05 Oct 2020 05:34PM

SINGAPURA: Penjualan runcit di Singapura jatuh pada rentak lebih perlahan pada Ogos, sebanyak 5.7 peratus berbanding tahun lalu, di tengah-tengah permintaan kukuh bagi kereta baru dan terpakai, menurut Jabatan Perangkaan (SingStat) pada Isnin (5 Okt).

Jumlah tersebut adalah satu peningkatan berbanding penurunan 8.5 peratus pada Julai.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit merosot 8.4 peratus dari tahun ke tahun, menurut data yang dikeluarkan SingStat.

Berbanding bulan sebelumnya, penjualan runcit yang disesuaikan mengikut musiman naik 1.4 peratus pada Ogos. Tanpa mengambil kira penjualan kenderaan bermotor, kenaikannya adalah 0.1 peratus.

(Sumber: SingStat)

(Sumber: SingStat)

Jumlah jualan runcit yang dianggarkan pada Ogos 2020 adalah sekitar S$3.4 bilion, 10.9 peratus daripadanya adalah menerusi penjualan online.

Jualan online peralatan telekomunikasi, komputer, perabot dan perkakas rumah, serta pasar raya membentuk 46.7 peratus, 23.5 peratus dan 11.7 peratus jumlah penjualan industri masing-masing.

Sebilangan besar industri runcit terus mengalami kemerosotan pada Ogos, termasuk gedung beli-belah, yang menyaksikan kemerosotan penjualan sebanyak 35.3 peratus. Penjualan kosmetik, kelengkapan mandian dan barangan perubatan (-29 peratus) serta pakaian dan kasut (-28.6 peratus) turut merosot.

Penjualan dalam industri kenderaan bermotor meningkat 12.1 peratus di tengah-tengah permintaan kukuh bagi kereta baru dan terpakai.

Industri lain yang mencatat pertumbuhan termasuk: Pasar raya dan pasar raya besar (21.9 peratus), perabot dan perkakas rumah (18.7 peratus) dan peralatan komputer dan telekomunikasi (16.4 peratus).

Ini ekoran permintaan yang lebih tinggi untuk bahan makanan, perkakas rumah dan komputer kerana pekerja bekerja dari rumah, kata SingStat.

F&B MEROSOT LAGI

Sektor makanan dan minuman melaporkan kemerosotan penjualan sebanyak 28.6 peratus berbanding tahun lalu, setelah syarikat katering berhenti menyediakan makanan untuk sebahagian besar dormitori pekerja asing mulai Ogos.

Jumlah penjualan perkhidmatan makanan dan minuman dianggarkan berjumlah S$665 juta, dengan penjualan online membentuk 20.6 peratus penjualan tersebut, kata SingStat.

(Sumber: SingStat)

(Sumber: SingStat)

Syarikat katering makanan mencatat kejatuhan terbesar sebanyaka 70.6 peratus. Ini disebabkan oleh permintaan yang berkurangan ekoran sekatan ke atas acara dan perhimpunan berskala besar.

Penjualan bagi restoran (-32.2 peratus), kafe, pusat makanan dan tempat makan lain (-17.6 peratus) serta cawangan makanan segera (-10.9 peratus) juga merosot dalam tempoh ini.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita