Jualan runcit bulan Okt jatuh lebih perlahan pada kadar 8.6%
Jualan runcit bulan Oktober di Singapura susut 8.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan (SingStat) pada Jumaat (4 Dis). Kadar penurunan itu bagaimanapun tidak secara mendadak seperti kadar disemak pada September sebanyak 10.7 peratus.
Orang ramai menyeberang persimpangan jalan raya di kawasan Orchard Road pada 25 Sep 2020. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Jualan runcit bulan Oktober di Singapura susut 8.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan (SingStat) pada Jumaat (4 Dis). Kadar penurunan itu bagaimanapun tidak secara mendadak seperti kadar disemak pada September sebanyak 10.7 peratus.
Sebilangan besar industri runcit terus mencatatkan penurunan penjualan pada Oktober. Makanan dan minuman keras, gedung serbaneka, serta kosmetik, peralatan mandian dan barangan perubatan terus menjadi antara sektor yang paling teruk terjejas, masing-masing menjunam 44.7 peratus, 35.2 peratus dan 30 peratus, menurut Indeks Jualan Runcit yang dikeluarkan pada Jumaat.
Pakaian dan kasut, serta jam tangan dan barang kemas jatuh lebih 20 peratus.
Pasar raya dan pasar raya besar sekali lagi merupakan sektor dengan prestasi terbaik, dengan penjualan meningkat 22.3 peratus.
Perolehan juga bertambah baik untuk sektor perabot dan peralatan rumah, barang rekreasi, kenderaan bermotor dan pasar mini dan kedai serbaneka.
LEBIH BAIK DARI SEPTEMBER
Berbanding bulan sebelumnya, penjualan runcit yang disesuaikan mengikut musiman tumbuh 0.2 peratus, dengan kebanyakan sektor melaporkan pertumbuhan.
Pendapatan di stesen-stesen minyak meningkat paling banyak sebanyak 5.1 peratus apabila lebih banyak orang kembali ke tempat kerja. Sebaliknya, peruncit jam tangan dan barang kemas; kosmetik, peralatan mandian dan barangan perubatan; dan makanan dan minuman keras mencatat jualan lebih rendah.
Nilai anggaran penjualan runcit pada Oktober adalah sekitar S$3.3 bilion, 10.5 peratus daripadanya dibelanjakan online.
JUALAN F&B SUSUT BERBANDING TAHUN LALU
Jualan makanan dan minuman terus merosot pada Oktober serta berbanding tahun lalu. Namun, jualan meningkat berbanding bulan lalu, menurut Indeks Perkhidmatan Makanan & Minuman.
"Jualan perkhidmatan makanan dan minuman menguncup 23.5 peratus pada Oktober 2020 berbanding tahun lalu, satu pembaikan berbanding penurunan 29.1 peratus yang dicatat pada September 2020," kata SingStat. "Berdasarkan penyesuaian mengikut musiman, jualan perkhidmatan makanan & minuman meningkat 5.6 peratus pada Oktober 2020 dibandingkan bulan sebelumnya."
Penyedia makanan kembali mengalami kemerosotan terbesar berbanding tahun lalu sebanyak 76.4 peratus - walaupun mereka menyaksikan kenaikan jualan sebanyak 6.4 peratus berbanding September.
"Nilai penjualan makanan dan minuman pada Oktober 2020 dianggarkan berjumlah S$692 juta," kata SingStat. "Dari jumlah tersebut, penjualan makanan dan minuman dalam secara online membentuk sekitar 19.7 peratus."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.