Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan runcit bulan Ogos naik 13%; hampir semua sektor meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Oct 2022 07:52PM Dikemas Kini : 05 Oct 2022 09:17PM
SINGAPURA: Jualan runcit Singapura untuk Ogos lalu meningkat 13 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan hampir kesemua sektor mencatat pertumbuhan.

Namun, angka tersebut lebih rendah sedikit jika dibandingkan dengan pertumbuhan 13.9 peratus yang dicatat pada bulan Julai.

Pakaian dan kasut menyaksikan lonjakan terbesar, dengan jualan meningkat hampir 65 peratus dari tahun ke tahun.

Ini disusuli jualan makanan dan alkohol, yang meningkat 48 peratus, serta kedai serbaneka, yang naik hampir 43 peratus.

Jualan bagi kenderaan, pasar raya dan kedai runcit sebaliknya mencatatkan kemerosotan.

Jualan khidmat makanan dan minuman (F&B) kembali mencatat pertumbuhan, berbanding setahun lalu ketika sekatan COVID-19 berkuatkuasa.

Para pemilik katering makanan melihat perniagaan mereka naik lebih seganda, akibat permintaan lebih tinggi bagi acara dan katering penerbangan.

Penjualan untuk restoran juga merosot 1.5 peratus berbanding sebulan lalu.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan