Jualan rumah privet pada Nov lonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih 10 tahun
Penjualan rumah privet pada bulan ini melonjak ke tahap yang belum pernah dilihat dalam tempoh lebih 10 tahun, dengan lebih 2,000 unit sudah terjual.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Sim Lian Group)
SINGAPURA: Penjualan rumah privet pada bulan ini melonjak ke tahap yang belum pernah dilihat dalam tempoh lebih 10 tahun, dengan lebih 2,000 unit sudah terjual.
Sesetengah pemaju hartanah telah mempercepatkan pelancaran rumah privet masing-masing menyusuli penjualan yang kukuh pada Oktober, dengan harga rumah turun sedikit pada suku sebelumnya.
Sedang momentum semakin meningkat, para penganalisis berkata masih belum jelas sama ada peningkatan itu akan dapat bertahan sehingga tahun depan.
Itulah yang disifatkan oleh para penganalisis sebagai prestasi hujung tahun yang kukuh.
Hanya dalam tempoh satu hujung minggu sahaja, hampir 1,500 unit telah dibeli semasa tiga projek baharu dilancarkan secara berasingan.
Ini termasuk apa yang digembar-gemburkan sebagai projek terlaris tahun ini iaitu Emerald of Katong, yang mencatatkan kadar pembelian hampir 99 peratus pada hari tempahan pertama sahaja.
Dua lagi projek ialah Nava Grove dan Novo Place, yang merupakan projek Kondominium Eksekutif (EC) kedua yang dilancarkan tahun ini.
Kedua-duanya menyaksikan lebih 50 peratus unit terjual.
Pelancaran lain pada awal bulan ini termasuk Chuan Park, di mana hampir 700 unit terjual, The Collective di One Sophia serta Union Square Residences di Havelock Road.
Ketiga-tiganya dilancarkan lebih awal daripada yang dijangkakan.
Keputusan untuk melancarkannya lebih awal, menurut para penganalisis, mungkin disebabkan oleh pemaju yang cuba mengambil kesempatan daripada minat pembeli yang semakin meningkat.
Walaupun terdapat lonjakan permintaan baru-baru ini, para penganalisis berkata pasaran hartanah privet berkemungkinan kekal stabil menjelang 2025.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.