Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan Raksasa Singapura (GSS) dipendekkan kepada 4 minggu tahun depan

Jualan Raksasa Singapura (GSS) akan dipendekkan dari 10 minggu kepada empat minggu sahaja bermula tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Sep 2018 08:28PM Dikemas Kini : 23 Sep 2018 01:53PM

SINGAPURA: Jualan Raksasa Singapura (GSS) akan dipendekkan dari 10 minggu kepada empat minggu sahaja bermula tahun depan.

Pihak penganjur juga akan bekerjasama dengan lebih banyak jenama dan pereka tempatan bagi menyuntik elemen tempatan pada setiap musim jualan tahunan itu.

Jualan Raksasa Singapura atau lebih dikenali sebagai The Great Singapore Sale mula dianjurkan pada 1994 oleh Persatuan Peruncit Singapura (SRA).

Persatuan itu menyatakan perubahan ini diambil melihat kepada jangkaan pengguna yang berubah-ubah serta persaingan daripada jualan online.

SRA menambah dengan memendekkan jangka jualan ia akan menimbulkan 'rasa terdesak' daripada kedua-dua pasaran tempatan dan pengunjung, di samping memberi sebab kepada peruncit untuk mengeluarkan kos operasi semasa musim jualan murah itu.

Pihak SRA turut berharap akan menampilkan lebih banyak jenama tempatan
yang akan membantu dalam menonjolkan keistimewaan GSS berbanding jualan runcit yang lainnya.

Dalam satu tinjauan SRA, hampir 1.8 juta pengunjung melawat Singapura pada tahun ini semata-mata untuk GSS.

Secara purata, mereka berbelanja sebanyak $1,124 sepanjang lawatan mereka.

Manakala 74 peratus daripada para pembeli GSS merupakan pembeli tempatan yang membelanjakan sebanyak $442 secara purata.

SRA juga menimbangkan mungkin akan memperluaskan GSS menjangkaui Orchard Road, termasuk tempat-tempat di Kampong Gelam dan Chinatown. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan