Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan en bloc Mandarin Gardens gagal capai persetujuan 80% pemilik

Mandarin Gardens gagal dalam percubaannya bagi penjualan secara kolektif atau en bloc, sebulan selepas menaikkan harga ke paras rekod S$2.9 bilion.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan en bloc Mandarin Gardens gagal capai persetujuan 80% pemilik

Kondominum Mandarin Gardens (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 25 Mar 2019 05:34PM Dikemas Kini : 25 Mar 2019 05:44PM

SINGAPURA: Mandarin Gardens gagal dalam percubaannya bagi penjualan secara kolektif atau en bloc, sebulan selepas menaikkan harga ke paras rekod S$2.9 bilion.

Kondominium pegangan pajak itu memperolehi 68 peratus tandatangan setakat sehingga 24 Mac apabila perjanjian penjualan kolektif luput - kurang 12 peratus daripada 80 peratus yang diperlukan untuk membuka tender.

Dalam mesejnya kepada para pemilik pada Ahad (24 Mac), jawatankuasa penjualan kolektif (CSC) menyatakan: "Ini merupakan percubaan pertama kami bagi penjualan kolektif. Kami mendapat pengajaran yang berharga yang pastinya akan membantu dalam perjalanan kami seterusnya.

"Percubaan serupa terbantut pada 2008 semasa kami mahu melantik ejen pemasaran dan peguam. Ketika itu, dunia dilanda krisis kewangan akibat kejatuhan Lehman Brothers.

"Buat masa ini, sentimen pasaran en bloc semakin melemah, jelas kelihatan berdasarkan jumlah pembida yang rendah bagi tender beberapa estet besar."

Projek dengan sebanyak 1,017 unit itu pertama kali menaikkan harganya dari S$2.479 bilion kepada S$2.788 bilion pada November lalu apabila para pemilik mendapati bahawa tapak projek itu dinilai S$300 juta lebih rendah.

CSC kemudian menaikkan lagi harga, kali ini sebanyak lima peratus untuk "membantu mencapai persetujuan 80 peratus yang diperlukan," menurut jawatankuasa tersebut dalam satu surat kepada para pemilik pada 21 Februari.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan