Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jualan en bloc bagi Peace Centre, Peace Mansion pada harga simpanan S$650 juta

Pusat beli-belah Peace Centre dan kompleks apartmen bersebelahan, Peace Mansion, dilelong melalui penjualan secara berkelompok pada harga simpanan S$650 juta, menurut ejen pemasaran tunggal JLL pada Isnin (6 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan en bloc bagi Peace Centre, Peace Mansion pada harga simpanan S$650 juta

Peace Centre dan Peace Mansion terletak di 1 Sophia Road, District 9. (Gambar: JLL)

Diterbitkan : 06 Sep 2021 08:07PM Dikemas Kini : 06 Sep 2021 08:08PM

SINGAPURA: Pusat beli-belah Peace Centre dan kompleks apartmen bersebelahan, Peace Mansion, dilelong melalui penjualan secara berkelompok pada harga simpanan S$650 juta, menurut ejen pemasaran tunggal JLL pada Isnin (6 Sep).

Lebih 80 peratus pemilik mempersetujui penjualan itu, tambahnya dalam satu kenyataan media. Ia sudahpun membuat beberapa percubaan penjualan en bloc pada masa lalu dengan salah satunya pada 2019.

Dibina pada sekitar 1977, hartanah pembangunan campuran di 1 Sophia Road itu mempunyai 232 unit komersil, 86 apartmen dan 162 petak tempat letak kenderaan. Ini membawa kepada 319 plot berasingan di blok podium hadapan setinggi 10 tingkat dan menara 32 tingkat di belakang.

"Pada harga minimum S$650 juta, ia mencerminkan kadar tanah unit selepas menyertakan anggaran premium tokokan pajakan, iaitu kira-kira S$1,443 setiap kaki persegi bagi setiap nisbah plot sebelum mengambil kira nisbah bonus bagi plot balkoni untuk komponen kediaman," kata Pengarah Eksekutif JLL Singapore, Tan Hong Boon.

Tapak seluas 76,617 kaki persegi itu dikenal pasti bagi kegunaan komersil di bawah Pelan Induk 2019 Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan mempunyai nisbah plot kasar 7.89.

Menurut JLL, ia mungkin dibangunkan semula pada ketinggian sehingga 55 meter iaitu ketinggian datum Singapura (permukaan rujukan bagi kedudukan menegak di Singapura), dengan sebahagian tapak itu berpotensi setinggi 67 meter.

"Berdasarkan kelulusan bagi geran perancangan URA pada 2019, seorang pemaju boleh membangunkan semula tapak itu sehingga kawasan lantai kasar sedia ada sekitar 604,578 kaki persegi untuk projek komersil dan kediaman campuran dengan 60 peratus keluasan kasar komersil dan 40 peratus kawasan kediaman kasar,” tambahnya.

“Ini boleh menjana sekitar 362,747 kaki persegi ruang komersil dan sekitar 241,831 kaki persegi unit kediaman - atau kira-kira 240 unit pada saiz purata 1,000 kaki persegi, tertakluk kepada kelulusan penguasa yang relevan."

Memandangkan ia adalah sebuah tapak komersil, pembeli tidak perlu membayar Cukai Setem Pembeli Tambahan.

“Satu kelulusan secara prinsip untuk memperbaharui pajakan kepada tempoh 99 tahun yang baru sebelum ini sudahpun diperolehi daripadxa Penguasa Tanah Singapura pada Mac 2019," tambah JLL.

“Tiada juga keperluan untuk kajian kebolehlaksanaan sebelum permohonan untuk tapak itu berdasarkan pertanyaan kepada Penguasa Pengangkutan Darat."

Tender akan ditutup pada 19 Oktober, jam 3.00 petang. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan