Jetstar sambung penerbangan dari S'pura ke bandar-bandar utama Asia Tenggara mulai 10 Ogos
Syarikat penerbangan tambang murah berpangkalan di Singapura, Jetstar Asia akan memperkenalkan semula perkhidmatan mingguan ke Pulau Pinang, Jakarta dan Ho Chi Minh City mulai 10 Ogos ini.
Gambar fail pesawat Jetstar dipetik pada Mei 2014 (Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang murah berpangkalan di Singapura, Jetstar Asia akan memperkenalkan semula perkhidmatan mingguan ke Pulau Pinang, Jakarta dan Ho Chi Minh City mulai 10 Ogos ini.
Selain itu, syarikat penerbangan itu akan menyambung semula perkhidmatan mingguannya ke Clark dan Medan bermula 17 Ogos dan mengendalikan dua perkhidmatan mingguan tambahan ke Manila mulai 15 Ogos.
Ia kini bertambah sebanyak 26 penerbangan seminggu ke bandar-bandar utama di Asia Tenggara daripada 10 penerbangan mingguan yang terhad ke Kuala Lumpur, Manila dan Bangkok.
Pertambahan perkhidmatan itu bertujuan untuk mewujudkan perjalanan yang penting dan membantu penghantaran barangan di rantau ini, menurut Jetstar Asia dalam satu kenyataan pada Jumaat (7 Ogos).
Jetstar Asia menyatakan perkhidmatan itu tertakluk kepada kelulusan kawal selia dan hanya tersedia untuk arganegara serta penduduk tetap yang mahu pulang atau mereka yang memperoleh kebenaran awal untuk perjalanan tersebut.
Syarikat penerbangan itu menasihati pelanggan untuk merujuk dengan pihak berkuasa terlebih dahulu untuk memastikan mereka boleh melakukan perjalanan.
Semua pengembara digalakkan untuk menyemak sekatan perjalanan yang dikuat kuasa ketika ini dan pelbagai prosedur menjalani kuarantin diperlukan selepas tiba di destinasi mereka, katanya.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.