Skip to main content

Kewangan

Jetstar Asia gantung penerbangan selama 3 minggu susuli sekatan perjalanan COVID-19

Syarikat penerbangan tambang rumah Jetstar Asia menyatakan pada Selasa (17 Mac) bahawa ia akan menggantung semua khidmat penerbangan selama tiga minggu antara 23 Mac dengan 15 April.

Anggaran Waktu Membaca:
Jetstar Asia gantung penerbangan selama 3 minggu susuli sekatan perjalanan COVID-19

Gambar fail pesawat Jetstar dipetik pada Mei 2014 (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 18 Mar 2020 09:31AM Dikemas Kini : 18 Mar 2020 09:39AM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang rumah Jetstar Asia menyatakan pada Selasa (17 Mac) bahawa ia akan menggantung semua khidmat penerbangan selama tiga minggu antara 23 Mac dengan 15 April.

Syarikat itu turut mendedahkan di lamannya bahawa penggantungan itu "disebabkan oleh penguatkuasaan sekatan baru di beberapa negara baru-baru ini".

Semua penumpang Jetstar Asia yang sudah menempah penerbangan antara 15 Mac dengan 30 April akan diberikan bayaran balik dalam bentuk baucar kredit perjalanan.

Ia juga menggesa para penumpang supaya menguruskan tempahan mereka secara online dan tidak menghubungi pusat panggilannya kerana jumlah panggilan tinggi dan masa menunggu giliran pula panjang.

Syarikat-syarikat penerbangan di seluruh dunia mengurangkan penerbangan dengan ketara pada jadual penerbangan masing-masing, sekali gus mengurangkan pekerja dan mendapatkan bantuan pemerintah menyusuli sekatan-sekatan baru itu.

Syarikat induk Jetstar, Qantas Airways Ltd menyatakan pada Selasa ia akan mengurangkan khidmat penerbangan antarabangsa sekitar 90 peratus selewat-lewatnya sehingga hujung bulan Mei.

Syarikat penerbangan Singapore Airlines juga menyatakan ia akan mengurangkan hampir separuh kapasiti penerbangannya.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita