Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Jet Airways gantung khidmat penerbangan ulang alik S'pura

Syarikat penerbangan India, Jet Airways yang dibelenggu masalah, menggantung semua khidmat penerbangan ulang alik ke Singapura sehingga pemberitahuan lanjut, menurut catatan Facebook Lapangan Terbang Changi pada Khamis (11 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Jet Airways gantung khidmat penerbangan ulang alik S'pura

Pesawat Jet Airways (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 11 Apr 2019 11:49PM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 11:56PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan India, Jet Airways yang dibelenggu masalah, menggantung semua khidmat penerbangan ulang alik ke Singapura sehingga pemberitahuan lanjut, menurut catatan Facebook Lapangan Terbang Changi pada Khamis (11 Apr).

"Para penumpang dinasihati menghubungi ejen tempahan mereka atau syarikat penerbangan itu langsung (info [at] jetairways.com) bagi pilihan yang tersedia," menurut lapangan terbang itu.

Syarikat penerbangan yang dibebani hutang itu yang juga merupakan syarikat penerbangan kedua terbesar di India berdasarkan bahagian pasaran, pernah mendahului pasaran penerbangan yang pesat membangun.

Jet Airwayrs mula menghadapi masalah apabila ia mengembangkan sayap secara agresif pada 2006, menurut seorang eksekutif dalam industri yang ada kaitan dengan syarikat tersebut.

Dengan syarikat penerbangan murah India mula meningkatkan persaingan, Jet Airways menurunkan harganya tanpa mengurangkan khidmat mewahnya. Harga minyak dan cukai yang tinggi terus membebani perbelanjaan syarikat itu.

Syarikat berusia 26 tahun itu mencatat kerugian selama lapan daripada 10 tahun lalu dan bahagian pasarannya merosot kepada 15.5 peratus pada 2018 berbanding 22.5 peratus pada 2015.

Ia kini menanggung hutang AS$1.5 bilion kepada pihak bank dan terpaksa menggantung tiga suku daripada pesawatnya kerana bayaran yang belum dilunaskan selama beberapa bulan.

Ini menyebabkan Jet Airways terpaksa menggantung ratusan khidmat penerbangan dan ribuan penumpang terkandas dalam tempoh beberapa minggu lalu.

Pada 5 April, Perbadanan Minyak India mengumumkan akan berhenti membekalkan minyak kepada Jet Airways buat sementara waktu.

"Jika Jet membuat sebarang bayaran, kami akan menyambung khidmat tokokan minyak," kata seorang jurucakap.  

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan