jelasBERITA: Apakah antara respons SG terhadap tarif Trump?
Anggaran Waktu Membaca:

Orang ramai di Orchard Road pada 29 Mar 2022. (Gambar fail: CNA/Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Pada tengah malam Rabu (9 April), tarif tinggi dikenakan ke atas "negara-negara yang berniaga dengan (Amerika Syarikat) dengan cara yang berat sebelah".
Di Asia misalnya, indeks saham utama merosot.
Namun, kurang 24 jam kemudian, Presiden Donald Trump mengumumkan penangguhan tarif selama 90 hari, sekali gus mengembalikan tarif ke paras asas 10 peratus untuk semua negara, kecuali China.
Tarif ke atas barangan dari China melonjak kepada 125 peratus.
Langkah ini, bersama-sama dengan ketidakstabilan yang melanda Pentadbiran Presiden Trump, dijangka akan menyebabkan penurunan pada perdagangan global.
Ini berita buruk bagi Singapura yang bergantung kepada perdagangan, yang awal minggu ini mengumumkan penubuhan sebuah pasukan bertindak untuk membantu perniagaan dan pekerja menangani sebarang kesan buruk.
BOLEHKAH SG GUNA MATA WANGNYA SEBAGAI ALAT UNTUK LAWAN TARIF?
Bank pusat Singapura menguruskan dasar kewangan dengan mengawal kekuatan atau kelemahan dolar tempatan berbanding mata wang rakan dagang utama.
Jika Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menetapkan "pendirian yang longgar sedikit" terhadap nilai dolar Singapura, para pengeksport mungkin berasa lega sedikit, menurut Selena Ling, ketua ekonomi di OCBC.
Barangan dari Singapura yang dijual ke negara-negara lain akan menjadi lebih murah, kerana jumlah mata wang asing yang sama akan bernilai lebih banyak lagi berbanding dolar Singapura.
Cik Ling berkata bahawa MAS mungkin akan melonggarkan dasarnya pada Isnin (14 April), apabila bank pusat itu dijadual akan mengeluarkan kenyataan dasar kewangan suku tahunannya.
Sembilan daripada sepuluh penganalisis yang ditinjau oleh Reuters menjangkakan pelonggaran dasar.
Namun, ini berisiko "mencetuskan kemarahan Amerika", kata Cik Ling, sambil menarik perhatian kepada peningkatan pengawasan dari Washington terhadap tarif, langkah bukan tarif dan mata wang.
Amerika sebelum ini mengkritik China kerana menurunkan nilai mata wangnya untuk mengimbangi tarif.
Dasar ekonomi yang lebih longgar juga berkemungkinan mendorong kepada inflasi, kata Penolong Profesor Ekonomi di Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Yuan Mei.
"MAS perlu menjaga keseimbangan sedang ia melonggarkan dasar kewangannya," katanya.
BAGAIMANA PULA DENGAN LANGKAH FISKAL?
Peningkatan perbelanjaan pemerintah bagi khidmat awam, dan subsidi untuk perniagaan dan isi rumah, boleh membantu menstabilkan ekonomi, kata Penolong Profesor Ye Guangzhi dari Jabatan Ekonomi Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Langkah jangka pendek seperti rebat cukai pendapatan korporat dapat membantu perniagaan-perniagaan mengatasi isu yang timbul akibat gangguan pada perdagangan global, sementara baucar tunai Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dapat membantu isi rumah mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat, tambahnya.
"Alat dasar ini sudah (digunakan) oleh pemerintah Singapura dan akan terus berguna untuk menangani cabaran terkini," kata Penolong Prof Ye.
Penolong Prof Mei juga menekankan Baucar CDC sebagai cara untuk memberikan sokongan segera. Namun beliau tidak melihat keperluan untuk mengubah dasar fiskal Singapura secara drastik buat masa ini.
Cik Ling dari OCBC berkata bahawa "pendirian fiskal yang bersifat dasar pengembangan" di mana pemerintah membelanjakan lebih banyak akan mengurangkan impak kejutan tarif.
Pemerintah Singapura boleh menimbangkan pakej Belanjawan tambahan jika risiko pertumbuhan menurun menjadi kenyataan, katanya.
APA LAGI BOLEH SINGAPURA LAKUKAN?
Perdagangan dengan Amerika telah menjadi lebih rumit di bawah kepimpinan Encik Trump, kata Penolong Prof Mei.
"Singapura perlu bersiap sedia menghadapi rangkaian perdagangan tanpa Amerika," katanya, sambil menambah bahawa negara ini harus bekerjasama dengan ekonomi-ekonomi utama seperti Kesatuan Eropah (EU) dan China untuk mempertahankan rangka kerja Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Cik Ling berkata Singapura masih perlu meningkatkan pendampingan dan rundingan dengan Amerika, sambil mengukuhkan perkongsian ekonomi di luar Amerika.
Negara-negara Asia Tenggara perlu lebih bersatu padu; dan Singapura perlu meningkatkan ekosistem domestiknya supaya ia kekal berdaya saing dari segi daya penghasilan, inovasi, penyelidikan & pengembangan (R&D) serta banyak lagi, katanya.
Penolong Profesor Ye dari NTU berkata bahawa walaupun dasar fiskal dan kewangan dapat mengurangkan naik turun jangka pendek, kerjasama serantau dan dan membangunkan kelebihan perbandingan akan menjadi paling penting dan berkesan.
Melabur dalam modal insan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja juga akan membantu menyesuaikan diri dan merebut peluang pertumbuhan dalam ekonomi digital, tambahnya.
"Kelebihan ini sesuai untuk ekonomi kecil yang berdaya maju seperti Singapura untuk terus berkembang."

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.