Jawatan kosong sektor teknologi infokom kekal tinggi, kata pakar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pakar berkata jumlah jawatan kosong dalam industri teknologi infokom akan kekal tinggi dalam pada tahun-tahun akan datang.
Ia disebabkan keadaan sektor itu yang berkembang pesat.
Setakat September lalu, pembangun sofwe misalnya, kekal sebagai salah satu profesional yang paling dicari, mencerminkan trend yang sama sejak kebelakangan ini.
Data terkini Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan bahawa antara jenis karyawan yang diperlukan, pembangun sofwe mendahului senarai jawatan kosong dengan 6.6 peratus.
Ini diikuti oleh penasihat kewangan atau pelaburan sebanyak 3.8 peratus.
Jumlah jawatan kosong bagi jururawat berdaftar dan peranan profesional lain yang berkaitan di tempat ketiga dengan sebanyak 3.5 peratus.
Seorang pakar berkata apa yang dipelajari dalam memprogram sofwe
10 hingga 15 tahun yang lalu, mungkin tidak lagi relevan.
Tambahnya pencari kerja perlu sentiasa meningkatkan kemahiran.
Bagi syarikat untuk menarik dan mengekalkan bakat, terdapat keperluan untuk menawarkan gaji yang kompetitif.
Satu lagi cara ialah dengan menawarkan peluang kepada kakitangan sedia untuk menyahut cabaran baharu dalam firma tersebut.
Pengarah analisis bakat Wan Hua Cheng berkata: "Trend yang kita lihat ialah banyak organisasi juga kini melakukan sesuatu, melakukan banyak projek, jadi projek ad hoc. Jadi, anda boleh menggunakan teknologi anda, bawa pekerja gig. Anda juga boleh menggajikan pekerja untuk tempoh singkat .
"Jadi, walaupun peranan tidak dapat diisi, sekurang-kurangnya anda tahu, anda boleh mendapatkan seseorang untuk mengisinya untuk menyiapkan sesuatu projek. Mungkin mereka tidak mahu kerja untuk tempoh yang panjang. Lantas, mereka boleh berhenti sebaik sahaja projek itu selesai ."
Menurut Pensyarah Jabatan Strategi dan Dasar, Sekolah Perniagaan NUS, Dr Xu Le, pelajar perlu membiasakan diri dengan kemahiran analisis data baharu serta beberapa kemahiran memprogram sofwe yang popular.
"Mereka perlu menerima kemahiran kecerdasan buatan (AI) yang boleh membantu mereka tahu pekerjaan yang terbaik dalam pasaran," katanya.
Dari segi kelayakan pendidikan pula, pembangun sofwe mempunyai peratusan kerja kosong tertinggi bagi pemegang ijazah dan pendidikan yang lebih tinggi.
Bagi pemegang diploma, kerja kosong bagi guru prasekolah manakala jumlah kerja kosong paling tinggi bagi lulusan pasca menengah, adalah untuk teknisyen sokongan IT.

Sumber : CNA/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.