Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Isi rumah SG harus kekal berhemat di tengah risiko global: MAS

Dalam ujian ketahanan yang dilakukannya, MAS mendapati isi rumah mempunyai cukup wang untuk mengurus hutang mereka walaupun kadar faedah naik tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Nov 2024 01:25PM Dikemas Kini : 28 Nov 2024 12:36AM
SINGAPURA: Sistem Kewangan Singapura mampu untuk mengharungi keadaan geopolitik yang semakin tidak menentu pada tahun depan.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengatakan ia dapat melakukannya walaupun di tengah-tengah ketegangan perdagangan serta konflik berterusan di Timur Tengah dan Ukraine.

Namun MAS memberi amaran kepada syarikat-syarikat, isi rumah dan bank supaya terus berwaspada dengan perkembangan sedemikian.

Dalam ujian ketahanan yang dilakukannya, MAS mendapati bahawa tiga segmen itu dapat menempuh keadaan pasaran tidak menentu dan kadar faedah bank yang tinggi.

Kebanyakan syarikat mempunyai penampan kewangan yang mencukupi untuk menampung kadar faedah dan keadaan pendapatan di luar dugaan.

Sungguhpun begitu, syarikat-syarikat yang bergantung kepada eksport atau memerlukan banyak modal mungkin mengalami masalah untuk membuat penyesuaian dengan perubahan suasana global.

Ujian ketahanan kewangan itu juga mendapati isi rumah mempunyai cukup wang untuk mengurus hutang mereka walaupun kadar faedah naik tahun lalu.

Mereka juga disokong oleh kenaikan gaji.

Memandang ke hadapan, mereka harus sentiasa berhati-hati apabila membuat pinjaman memandangkan risiko ekonomi global.
Sumber : CNA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan