Instagram bakal sumbang lebih separuh daripada hasil iklan Meta pada 2025: Laporan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
NEW YORK: Instagram akan menyumbang lebih separuh daripada hasil pengiklanan Meta Platforms di Amerika Syarikat tahun depan.
Ini memandangkan platform media sosial itu meningkatkan pengewangan (monetization) produknya, menurut syarikat penyelidikan Emarketer.
MENGAPA IA PENTING?
Instagram Reel bertanding dengan TikTok syarikat ByteDance dan YouTube Shorts, sedang pengguna mendapati bahawa video singkat lebih menarik.
Ini mendorong syarikat pemasaran untuk menggunakan format tersebut pada masa apabila Meta ingin meningkatkan hasil pendapatan daripada produk dengan meletakkan lebih banyak iklan.
KONTEKS
Jika larangan TikTok dikuatkuasakan di Amerika Syarikat, Reels dan Youtube Shorts mungkin menjadi altenatif yang lebih menarik bagi pengiklanan, dengan kemungkinan meningkatkan lagi pertumbuhan Instagram.
"Instagram kini sebuah platform yang mengutamakan video, dengan pengguna meluangkan dua pertiga daripada masa mereka di Instragram untuk menonton video," kata penganalis utama Emarketer, Jasmine Enberg.
"Jika larangan TikTok dikuatkuasakan pada 2025, Instagram boleh memperoleh lebih satu perlima daripada dolar iklan TikTok yang diperuntukkan di Amerika Syarikat," tambahnya.
Pada 2024, hasil iklan Instagram sebahagian besarnya datang daripada ciri-ciri 'Feed' dan 'Stories', yang menyumbang kepada 53.7 peratus dan 24.6 peratus.
Bagaimanapun, sedang hasil Reels meningkat, pendapatan gabungan daripada Instagram Explore, Reels dan mungkin Threads dijangka meningkat 9.6 peratus pada 2025.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.