Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Inovasi teknologi dan sains perlu bagi hasilkan lebih tumbuh-tumbuhan, kata CEO SFA

Singapura perlu menjalankan inovasi teknologi dan sains supaya lebih banyak tumbuh-tumbuhan boleh ditanam menerusi kaedah pertanian yang mampan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Apr 2019 09:55PM Dikemas Kini : 25 Apr 2019 09:57PM

SINGAPURA: Singapura perlu menjalankan inovasi teknologi dan sains supaya lebih banyak tumbuh-tumbuhan boleh ditanam menerusi kaedah pertanian yang mampan.

CEO Agensi Makanan Singapura, Lim Kok Thai, berkata demikian di sidang "Food for Future" hari ini (25 Apr).

Kaedah pertanian dalam bangunan mungkin merupakan masa depan bagi sektor pertanian, sedang sektor pertanian global dan landskap makanan terus berubah secara mendadak.

Tumbuh-tumbuhan ditanam secara bertingkat atau dikenali sebagai pertanian vertikal.

Menggunakan teknologi pertanian persekitaran terkawal, kaedah pertanian itu melibatkan teknik pertanian dalam bangunan yang dilengkapi kawalan suhu dan cahaya lampu.

Pada bulan lalu, agensi tersebut menetapkan sasaran untuk menghasilkan 30 peratus keperluan pemakanan Singapura menjelang 2030 dalam langkah meningkatkan jaminan bekalan makanan di negara ini.

Sumber : CNA/HA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan