Inisiatif baru bantu sektor runcit kekal relevan meski tabiat pengguna kian berubah
Satu program baru dilancarkan pada Khamis (12 Dis) untuk membantu para pekerja runcit menajamkan kemahiran dan mengambil peranan dengan nilai yang lebih tinggi.
SINGAPURA: Satu program baru dilancarkan pada Khamis (12 Dis) untuk membantu para pekerja runcit menajamkan kemahiran dan mengambil peranan dengan nilai yang lebih tinggi.
Inisiatif yang diberi nama Program Reka Bentuk Semula Penempatan Kerja dan Latihan bagi Industri Runcit adalah sebahagian daripada usaha berterusan Pemerintah untuk merubah industri tersebut.
Sebanyak 200 tempat latihan akan disediakan dalam tempoh dua tahun akan datang, dedah Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) pada Khamis (12 Dis).
Para peruncit akan menerima sokongan gaji sehingga 70 peratus bagi pekerja yang diletakkan dalam program tersebut sehingga tiga bulan dan WSG akan bekerjasama dengan para peruncit untuk melakar pelan latihan khusus, tambah agensi berkenaan.
Industri runcit masih belum dianggap sebagai 'industri yang meleset', tegas Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo semasa melakukan lawatan ke gedung produk sukan, Decathlon, yang sedang menguji pelbagai idea runcit yang baru.
Syarikat Perancis itu sudahpun mengambil separuh daripada tempat latihan yang disediakan, sedang ia berinovasi dan melaksanakan model pemasaran berbilang saluran.
Melaksanakan modal pemasaran berbilang saluran memerlukan para kakitangannya untuk menjalani latihan bagi melakukan tugas-tugas lebih penting.
Ini sedang pasaran runcit kian berubah-ubah bagi memenuhi keperluan pengguna yang menggabungkan tabiat membeli-belah secara online dan di kedai-kedai.
Hasil penjualan runcit online membentuk 6.9 peratus daripada keseluruhan hasil penjualan runcit yang dianggarkan bernilai S$3.9 bilion pada September, naik dari 4.9 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Singapura.
Cik Teo berkata, usaha melengkapi para kakitangan dengan kemahiran teknologi membantu mengubah pekerjaan-pekerjaan runcit. Tambahnya, ia bukan sahaja memerlukan mereka untuk berdiri di dalam kedai dan setakat "menjual produk".
Dalam satu kenyataan media berasingan, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan bahawa sejak 2016, Program Penempatan Kerja dan Latihan sudahpun memanfaatkan sekitar 6,000 pekerja biasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.