Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Inflasi teras SG naik kepada 3.3% pada Okt

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Nov 2023 02:56PM Dikemas Kini : 23 Nov 2023 09:15PM
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura melonjak kepada 3.3 peratus pada Oktober berbanding setahun sebelumnya, menurut data rasmi pada Khamis (23 Nov).

Kenaikan tersebut disebabkan oleh inflasi lebih tinggi bagi perkhidmatan, runcit dan barangan lain, serta kenaikan dalam kos elektrik dan gas, dedah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Inflasi teras naik kepada 5.5 peratus pada bulan Januari dan Februari tahun ini, mencecah paras rekod selepas 14 tahun lamanya, sebelum turun semula pada bulan-bulan berikutnya.

Inflasi teras menyusut kepada 3 peratus pada September, iaitu paras paling rendah yang dicatat sejak Mac 2022.

Inflasi teras tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet.

Inflasi keseluruhan meningkat kepada 4.7 peratus pada Oktober berbanding tahun sebelumnya, iaitu kenaikan daripada 4.1 peratus pada September.

Kenaikan tersebut mencerminkan inflasi pengangkutan privet yang lebih tinggi, di samping kenaikan dalam inflasi teras, jelas MTI dan MAS.

RAMALAN

Inflasi teras diunjurkan merosot antara 2.5 hingga 3 peratus berbanding setahun sebelumnya menjelang Disember.

Pada awal 2024, inflasi teras dijangka terjejas oleh kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kesan bermusim.

Inflasi teras bagaimanapun dijangka semakin sederhana sepanjang tahun depan sedang tekanan terhadap kos import kekal rendah dan kekangan pasaran domestik mula dilonggarkan, kata MAS dan MTI.

Secara keseluruhannya untuk 2023, inflasi utama dijangka berada pada purata kira-kira 5 peratus, manakala inflasi teras dijangkakan pada purata sekitar 4 peratus.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan