Inflasi teras SG naik kepada 0.7% pada April, kenaikan pertama selepas enam bulan
Inflasi teras Singapura meningkat pada April, menandakan kenaikan tahun ke tahun yang pertama selepas enam bulan.
Pekerja di Daerah Pusat Perniagaan (CBD). (Gambar fail: iStock)
Inflasi teras, yang tidak termasuk pengangkutan privet dan penginapan, naik kepada 0.7 peratus pada April berbanding 0.5 peratus pada Mac, yang merupakan paras terendah dalam tempoh empat tahun. Kadar itu juga ramalan median sebanyak 0.5 peratus dalam tinjauan Reuters bersama ahli ekonomi.
Kenaikan pada April didorong inflasi lebih tinggi dalam sektor perkhidmatan dan makanan, yang mengimbangi inflasi lebih rendah dalam jualan runcit dan barangan lain, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (23 Mei).
Dalam perbandingan bulan ke bulan, inflasi teras meningkat sebanyak 0.5 peratus.
Inflasi keseluruhan pula tidak berubah daripada kadar bulan Mac iaitu 0.9 peratus. Ia sebabkan oleh kos penginapan dan pengangkutan privet yang lebih rendah, menurut MAS dan MTI.
Tambahnya, inflasi import Singapura dijangka kekal “sederhana”. Di tengah-tengah permintaan global yang semakin perlahan dan keadaan bekalan yang mencukupi, harga minyak mentah global dijangka lebih rendah berbanding 2024.
“Kenaikan harga komoditi makanan juga dijangka kekal terkawal,” kata MAS dan MTI.
“Walaupun konflik perdagangan mungkin menyebabkan inflasi bagi sesetengah ekonomi, kesannya terhadap harga import Singapura dijangka lebih diimbangi tekanan harga lebih rendah akibat permintaan global yang lemah.”
Kedua-dua inflasi teras dan inflasi keseluruhan dijangka mencatatkan purata antara 0.5 peratus hingga 1.5 peratus pada 2025.
INFLASI IKUT SEKTOR
Inflasi perkhidmatan meningkat daripada 0.6 peratus pada Mac kepada 1.1 peratus pada April disebabkan kos insurans kesihatan yang meningkat lebih tinggi manakala tambang penerbangan turun lebih rendah.
Inflasi makanan meningkat sedikit, daripada 1.3 peratus pada Mac kepada 1.4 peratus pada April, dengan harga makanan yang tidak dimasak meningkat lebih cepat.
Inflasi barangan runcit dan barangan lainnya jatuh sebanyak 1.2 peratus selepas mencatatkan penurunan 0.5 peratus pada Mac. Harga pakaian dan kasutyang lebih rendah serta kejatuhan lebih ketara dalam kos ubat-ubatan serta produk kesihatan mengimbangi kenaikan harga air.
Inflasi elektrik dan gas pula tidak berubah daripada kadar bulan Mac iaitu 3.5 peratus.
Inflasi pengangkutan privet berkurangan daripada 2.1 peratus pada Mac kepada 1.3 peratus pada April, disebabkan harga kereta yang naik sedikit manakala harga petrol turun lebih banyak.
Inflasi penginapan juga merosot, daripada 1.4 peratus pada Mac kepada 1.1 peratus pada April. Ini berpunca daripada kenaikan lebih kecil dalam kadar sewa rumah serta kos penyelenggaraan dan pembaikan kediaman.
UNJURAN
Walaupun kenaikan kadar inflasi teras tahunan ini merupakan yang pertama sejak September lalu, apabila ia meningkat kepada 2.8 peratus, ini merupakan bulan keempat berturut-turut inflasi kekal di bawah 1 peratus.
MAS dan MTI menyatakan bahawa di peringkat domestik, kos buruh seunit dijangka meningkat secara beransur-ansur ekoran pertumbuhan gaji nominal yang terus berkurangan, meskipun daya penghasilan meningkat.
Tambahnya, subsidi pemerintah yang dipertingkat untuk perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan awam, pendidikan prasekolah dan pengangkutan awam akan terus membantu meredakan inflasi perkhidmatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.