Inflasi teras SG kekal 1.2% pada Nov 2025
Inflasi teras Singapura kekal stabil pada 1.2 peratus pada November berbanding setahun lalu, menurut data rasmi pada Selasa (23 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura kekal stabil pada 1.2 peratus pada November berbanding setahun lalu, menurut data rasmi pada Selasa (23 Dis).
Angka itu, tidak berubah daripada Oktober, disebabkan oleh inflasi perkhidmatan yang lebih tinggi yang diimbangi oleh inflasi runcit dan barangan lain yang lebih rendah, serta penurunan kos elektrik dan gas yang lebih mendadak, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Kadar inflasi teras pada November adalah lebih rendah daripada median sebanyak 1.3 peratus yang diramalkan dalam tinjauan Reuters ke atas para ahli ekonomi.
Berdasarkan dari bulan ke bulan, harga teras - yang tidak termasuk penginapan dan pengangkutan privet - turun sedikit sebanyak 0.1 peratus pada bulan November.
Inflasi keseluruhan, seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna-Semua Barangan (CPI-Semua Barangan), juga kekal tidak berubah iaitu 1.2 peratus pada November, terutamanya disebabkan oleh penginapan dan inflasi teras yang tidak berubah.
Secara bulanan, inflasi keseluruhan - yang tidak termasuk perbelanjaan bukan untuk penggunaan seperti pembelian rumah, saham dan aset kewangan lain serta cukai pendapatan - meningkat sebanyak 0.2 peratus pada November.
SEKTOR-SEKTOR
Menurut data rasmi, inflasi perkhidmatan naik sedikit kepada 1.9 peratus pada November berbanding 1.8 peratus pada bulan sebelumnya.
Ini disebabkan oleh peningkatan yang lebih besar pada kos khidmat pengangkutan seperti teksi dan kereta sewa privet dan insurans kesihatan, menurut MAS dan MTI.
Harga elektrik dan gas jatuh lebih mendadak pada November, disebabkan oleh penurunan yang lebih besar pada kos elektrik.
Sementara itu, inflasi makanan kekal tidak berubah 1.2 peratus pada November, sedang harga khidmat makanan dan makanan yang tidak dimasak meningkat pada kadar yang sama pada bulan Oktober.
Inflasi runcit dan barangan lain menyusut kepada 0.3 peratus pada November berbanding 0.4 peratus pada Oktober, sedang harga pakaian dan kasut, serta peralatan lain untuk penjagaan diri merosot.
Inflasi pengangkutan privet menurun kepada 3.5 peratus pada November berbanding 3.8 peratus pada Oktober berikutan peningkatan harga kereta yang lebih kecil.
Inflasi penginapan tidak berubah pada 0.3 peratus, dengan sewa rumah meningkat pada kadar yang sama pada Oktober dan November.
RAMALAN
Mengekalkan ramalan mereka dari Oktober, MAS dan MTI menyatakan bahawa kos import Singapura dijangka terus merosot, walaupun pada rentak yang lebih perlahan, dalam masa beberapa bulan akan datang.
Para ahli ekonomi mengunjurkan harga minyak mentah global akan jatuh secara bertahap-tahap pada 2026 berbanding 2025, manakala inflasi serantau dijangka meningkat secara sederhana selepas mencatatkan prestasi yang lemah tahun ini.
“Di peringkat domestik, faktor-faktor pentadbiran yang bersifat sementara akan melemahkan inflasi yang dijangka terus menurun pada suku akan datang,” kata MAS dan MTI.
“Pertumbuhan kos buruh unit dijangka mula meningkat apabila pertumbuhan daya penghasilan kembali normal, manakala permintaan penggunaan privet berkemungkinan kekal stabil.”
Setelah mengambil kira faktor-faktor ini, MAS dan MTI menyatakan bahawa inflasi teras diunjurkan sekitar 0.5 peratus pada 2025 sebelum meningkat kepada antara 0.5 hingga 1.5 peratus pada 2026.
Sementara itu, inflasi keseluruhan dijangka berpurata 0.5 hingga 1 peratus pada 2025 dan 0.5 hingga 1.5 peratus pada 2026.
MAS dan MTI memberi amaran bahawa prospek inflasi tertakluk kepada ketidakpastian, kerana kejutan pada bekalan, termasuk yang berpunca daripada perkembangan geopolitik, boleh meningkatkan beberapa kos import secara tiba-tiba.
Walau bagaimanapun, kelemahan permintaan global yang lebih ketara daripada yang diramalkan boleh menyebabkan inflasi teras lebih rendah bagi tempoh yang lebih lama, kata para ahli ekonomi.
Satu lagi penurunan ketara pada harga minyak global boleh mengurangkan kadar kenaikan harga buat sementara waktu, tambah MAS dan MTI.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.