Inflasi teras SG jatuh kepada 1% pada Jan berbanding 1.2% pada Dis 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura turun kepada 1.0 peratus pada Januari 2026 berbanding setahun lalu yang mencatatkan 1.2 peratus pada Disember 2025, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Isnin (23 Feb).
Perangkaan itu disebabkan oleh penyederhanaan pada inflasi perkhidmatan, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) serta Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam satu kenyataan media bersama.
Berdasarkan perbandingan dari bulan ke bulan, harga teras - yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan privet - turun 0.3 peratus pada Januari 2026.
Inflasi keseluruhan, yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi semua barangan, meningkat kepada 1.4 peratus pada Januari berbanding 1.2 peratus pada Disember lalu. Kenaikan ini disebabkan terutamanya oleh inflasi penginapan yang lebih tinggi, yang mengatasi penurunan inflasi teras dan pengangkutan privet.
SEKTOR-SEKTOR
Menurut data rasmi, inflasi perkhidmatan jatuh kepada 1.5 peratus pada Januari daripada 1.9 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Ini disebabkan oleh tambang penerbangan yang turun lebih banyak, serta penurunan yuran pendidikan am, kejuruan, dan pengajian tinggi, menurut MAS dan MTI.
Harga elektrik dan gas kekal tidak berubah pada -4.2 peratus pada Januari, sedang tarif elektrik menurun pada kadar yang sama seperti pada Disember lalu.
Inflasi makanan juga kekal tidak berubah pada 1.2 peratus, memandangkan harga makanan belum dimasak dan perkhidmatan makanan meningkat pada kadar yang serupa pada Januari tahun ini dan Disember lalu.
Inflasi barangan runcit dan barangan lain meningkat kepada 0.5 peratus pada Januari daripada 0.0 peratus pada Disember lalu, disebabkan oleh kenaikan kos peralatan lain untuk penjagaan diri.
Inflasi pengangkutan privet menyusut kepada 2.7 peratus pada Januari daripada 3.7 peratus yang dicatatkan pada Disember lalu, didorong oleh kenaikan harga kereta yang lebih kecil dan penurunan harga minyak yang lebih ketara.
UNJURAN
MAS dan MTI menyatakan bahawa kos import Singapura dijangka kekal terkawal, memandangkan harga minyak mentah global sudah meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini tetapi dijangka kekal lebih rendah berbanding paras yang dicatatkan setahun lalu.
Inflasi harga pengguna serantau dijangka meningkat sedikit menyusuli prestasi lemah pada tahun lalu, walaupun harga pengeluar di Asia yang secara amnya rendah dijangka dapat mengehadkan tahap tekanan inflasi.
"Di peringkat domestik, pertumbuhan kos buruh unit dijangka meningkat sedikit pada 2026, tetapi tahap kenaikan itu akan dikekang oleh pertumbuhan produktiviti yang berterusan," menurut MAS dan MTI.
"Sementara itu, permintaan bagi konsumsi peribadi berkemungkinan kekal stabil, disokong oleh kenaikan gaji sebenar yang berterusan."
Mengambil kira faktor-faktor ini, MAS dan MTI mengunjurkan inflasi teras dan inflasi keseluruhan akan berada pada purata 1.0-2.0 peratus pada tahun 2026.
Sekalipun demikian, ramalan inflasi masih tidak menentu, menurut MAS dan MTI, kerana pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan boleh menyebabkan harga barang naik akibat permintaan yang tinggi.
"Masalah bekalan, termasuk yang berpunca daripada pergolakan politik dunia, juga boleh menyebabkan kos barang import meningkat," tambah MAS dan MTI. "Sebaliknya, jika berlaku kejutan besar pada ekonomi yang menjejaskan pertumbuhan, ia boleh menghambarkan inflasi."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.