Inflasi teras SG 0.3% pada Ogos; paling rendah dalam lebih 4 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inflasi teras Singapura turun kepada 0.3 peratus pada Ogos berbanding setahun lalu dan jatuh 0.5 peratus jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Selasa (23 Sep).
Penurunan ini terutamanya disebabkan oleh penyederhanaan inflasi perkhidmatan, menurut kenyataan bersama oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).
Indeks Harga Pengguna (CPI) ini adalah yang terendah sejak Februari 2021, ketika ia mencatatkan 0.2 peratus.
Perangkaan ini, yang tidak termasuk kos pengangkutan privet dan penginapan, juga lebih rendah daripada 0.5 peratus yang diramalkan berdasarkan tinjauan Reuters ke atas ahli ekonomi.
Dari bulan ke bulan, harga teras meningkat sebanyak 0.1 peratus pada Ogos.
Inflasi keseluruhan, yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna - Semua Barangan (CPI-All Items), susut kepada 0.5 peratus pada Ogos berbanding 0.6 peratus pada Julai, mencerminkan penurunan inflasi penginapan dan penyusutan inflasi teras.
Dari bulan ke bulan, inflasi CPI-All Items - yang tidak termasuk perbelanjaan bukan untuk tujuan konsumsi (non-consumption) seperti pembelian rumah, saham dan aset kewangan lain serta cukai pendapatan - meningkat sebanyak 0.5 peratus pada Ogos.
CPI biasanya digunakan sebagai kayu ukur naik turun harga pengguna bagi ekonomi negara.
Ia memantau naik turun harga bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan tetap pengguna yang biasa dibeli oleh isi rumah dari semasa ke semasa.
CPI-All Items pula memberi gambaran menyeluruh mengenai harga barangan dan perkhidmatan pengguna.
SEKTOR-SEKTOR
Pada Ogos, inflasi perkhidmatan turun kepada 0.4 peratus berbanding 0.7 peratus pada bulan sebelumnya, disebabkan oleh penurunan lebih ketara pada kos percutian, tambang penerbangan dan khidmat pesakit di hospital.
Inflasi penginapan susut kepada 0.4 peratus, akibat kenaikan sewa rumah yang lebih kecil, manakala inflasi makanan kekal pada 1.1 peratus sedang penyederhanaan kecil dalam inflasi makanan yang tidak dimasak diimbangi oleh kenaikan inflasi perkhidmatan makanan, menurut MAS dan MTI.
Inflasi tenaga elektrik dan gas susut kepada -5.7 peratus daripada -5.6 peratus pada Julai.
Kos elektrik dan gas jatuh pada kadar lebih pantas disebabkan penurunan harga elektrik yang lebih besar, menurut MAS dan MTI.
Inflasi pengangkutan privet meningkat kepada 2.4 peratus daripada 2.1 peratus pada Julai disebabkan kenaikan lebih besar untuk harga kereta, serta penurunan lebih kecil bagi harga petrol.
Inflasi barangan runcit dan lain-lain, yang mencatat -0.2 peratus pada Ogos, turun pada rentak lebih perlahan, sedang harga pakaian dan kasut meningkat, manakala harga peralatan telekomunikasi mencatat penurunan lebih kecil.
UNJURAN
MAS dan MTI menyatakan inflasi import Singapura dijangka kekal sederhana dalam jangka terdekat.
MAS dan MTI juga menyatakan harga minyak mentah global masih di bawah paras tahun lalu, dan "kenaikan harga komoditi makanan juga dijangka terkawal".
Di dalam negara, pertumbuhan gaji nominal yang lebih perlahan dan peningkatan berterusan dalam daya penghasilan tenaga kerja dijangka menyumbang kepada penyederhanaan kos tenaga kerja unit.
Subsidi pemerintah yang dipertingkat bagi perkhidmatan penting juga akan terus meredakan inflasi perkhidmatan, kata MAS dan MTI.
MAS dan MTI mengekalkan unjuran bagi inflasi teras dan keseluruhan pada purata antara 0.5 dan 1.5 peratus pada 2025.
Sungguhpun begitu, prospek inflasi pada suku-suku akan datang terdedah kepada risiko naik turun harga.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.