Inflasi tegar, kenaikan kadar faedah & prospek ekonomi hambar punca syarikat Eropah berhentikan pekerja
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Ludovic Marin/AFP)
BERLIN/LONDON: Inflasi tegar, kenaikan kadar faedah dan prospek ekonomi yang serba tidak menentu mendorong lebih banyak syarikat untuk memberhentikan pekerja di Eropah, lapor Anadolu.
Lebih ramai pekerja di rantau itu diberhentikan, khususnya menyusuli keputusan syarikat-syarikat telekomunikasi baru-baru ini.
Pemberhentian pekerja menjejas hampir setiap sektor di Eropah - khususnya sektor teknologi, pengilangan dan automotif.
Vodafone minggu lalu mengumumkan bahawa ia memberhentikan 11,000 kakitangannya sepanjang tiga tahun akan datang untuk mengurangkan kos dan mencergaskan pertumbuhan.
Syarikat yang menggajikan 104,000 pekerja di seluruh dunia itu mengumumkan pada Mac bahawa ia merancang untuk memberhentikan 1,000 kakitangannya di Itali dan lagi 1,300 di Jerman.
Sebuah lagi syarikat yang merancang untuk mengurangkan kos operasi, BT, akan memberhentikan 40,000 hingga 55,000 pekerjanya menjelang 2030.
Jumlah pekerjanya akan merosot dari 130,000 kepada 75,000 hingga 90,000 pada 2030.
Pengeluar peralatan telekomunikasi Sweden, Ericsson, juga akan memberhentikan sekitar 8,500 pekerja di seluruh dunia, manakala pengeluar peralatan komputer Switzerland, Logitech, mengumumkan pada Mac bahawa ia akan memberhentikan 300 kakitangannya.
Nokia juga merancang untuk membuang 208 pekerjanya.
Bagi sektor automotif, Volvo, Peugeot, Citroen, Fiat, Jeep, Alfa Romeo dan Maserati adalah antara syarikat-syarikat yang merancang untuk memberhentikan kakitangannya.
Volvo turut merancang untuk menyusun semula operasi pengeluaran basnya dan akan memberhentikan 1,600 pekerja.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.