Inflasi SG sudah susut tetapi MAS 'belum lagi isytiharkan menang': Ketua MAS
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) belum lagi "mengisytiharkan menang" dalam perjuangannya menangani inflasi, walaupun tekanan harga di Singapura tidak lagi setinggi sepanjang tahun lalu.
Ia juga "terlalu awal" untuk membicarakan tentang langkah melonggarkan dasar kewangan, kata Encik Ravi Menon, yang akan bersara daripada jawatan ketua bank pusat pada Januari.
Setelah terus-menerus meningkat ke paras tinggi pada tahun lalu, harga pembeli di Singapura akhirnya susut pada tahun ini.
Kadar inflasi adalah 4.1 peratus pada September, berbanding 7.5 peratus pada September tahun lalu. Inflasi teras - yang tidak merangkumi penginapan serta pengangkutan privet, dan petunjuk utama bagi MAS - juga merosot daripada 5.5 peratus pada permulaan 2023, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 14 tahun, kepada 3 peratus pada September.
Inflasi teras dijangka turun ke paras bawah 3 peratus sepanjang beberapa bulan terakhir tahun ini, sejajar dengan unjuran awal bank pusat sebelum ini, kata Encik Menon dalam satu wawancara bersama Mediacorp menjelang Pesta Teknologi Kewangan yang bakal berlangsung dari 15 hingga 17 November.
Sungguhpun demikian, perjuangan menangani tekanan harga yang semakin hebat disebabkan gabungan beberapa insiden global, seperti rantaian bekalan yang terhambat dan krisis tenaga, belum berakhir.
"Kami belum lagi akan mengisytiharkan menang," kata Encik Menon kepada Mediacorp, sambil menambah bahawa 3 peratus "tidak cukup bagus" memandangkan inflasi teras lazimnya adalah sekitar 2 peratus secara purata.
Kenaikan satu peratusan mata bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijadualkan pada Januari tahun depan, juga dijangka akan mempunyai "kesan segera" ke atas inflasi, jelas beliau.
MAS mengunjurkan kadar inflasi teras adalah antara 2.5 hingga 3.5 peratus pada 2024, setelah mengambil kira kenaikan GST. Tanpa kenaikan tersebut, inflasi tersebut seharusnya satu peratusan mata lebih rendah, iaitu antara 1.5 hingga 2.5 peratus.
"Inflasi teras dalam kedudukan lebih baik berbanding dua tahun lalu tetapi kami belum boleh berpuas hati. Maka itu, saya fikir ia terlalu awal untuk membicarakan soal melonggarkan dasar kewangan," kata Encik Menon.
Demi mengawal inflasi, MAS mengetatkan dasar kewangannya sebanyak lima kali dalam tempoh 12 bulan - dua daripadanya dilakukan di luar waktu ia seharusnya dilakukan, iaitu pada Januari dan Julai 2022. Tahun ini, bank pusat memutuskan untuk berpegang kepada keputusannya itu di mesyuarat-mesyuarat dasar kewangan.
Encik Menon menarik perhatian bahawa keputusan MAS untuk tidak terus mengetatkan dasar selaras dengan apa yang dilakukan bank pusat lain.
"Ia terlalu awal kerana sebaik sahaja anda melonggarkan (dasar) dan, sekiranya inflasi sekali lagi naik, anda perlu melakukan semula semua kerja keras itu," terangnya kepada CNA. "Bank pusat berhak untuk bersikap konservatif tentang perkara ini dan memilih untuk menunggu."
Bank-bank pusat global "bertuah" kerana kenaikan kadar (faedah) untuk menangani inflasi tidak "menjejas teruk pertumbuhan ekonomi".
"Pertumbuhan kian perlahan, tetapi tidak begitu mendadak seperti yang kami jangkakan," ulas Encik Menon.
Beliau seterusnya berkongsi bahawa pertumbuhan global pada 2024 dijangka "tetap lemah... tetapi tidak ke tahap dianggap satu kemelesetan".

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.