Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Industri penerbangan dijangka dapat pulih jelang 2023, tawar peluang bagi Singapura, kata IATA

Pertubuhan penerbangan sedunia, IATA menyatakan, pemulihan sektor penerbangan sedunia menawarkan peluang bagi hab-hab udara seperti Singapura untuk terus berkembang.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 May 2022 08:38PM Dikemas Kini : 16 May 2022 11:20PM

SINGAPURA: Pertubuhan penerbangan sedunia, IATA menyatakan, pemulihan sektor penerbangan sedunia menawarkan peluang bagi hab-hab udara seperti Singapura untuk terus berkembang.

Ini lebih-lebih lagi ketika ada sesetengah pasaran yang masih tertutup kepada dunia.

Pengarah Agung IATA Willie Wash berkata, industri penerbangan dijangka pulih ke tahap sebelum pandemik seawal tahun depan.

Ini setahun lebih awal daripada ramalan sebelum ini pada 2024.

Encik Walsh berada di Singapura bagi Sidang Puncak Penerbangan Changi yang bermula pada Selasa (17 Mei).

Perangkaan dari suku pertama tahun ini menunjukkan permintaan bagi perjalanan antarabangsa sedang pulih lebih kukuh daripada jangkaan.

Lapangan terbang Changi misalnya mencatatkan jumlah penumpang bertambah kepada paras 40 peratus tahap sebelum pandemik, hanya sebulan selepas ia dibuka kepada semua pelawat yang sudah lengkap divaksin.

Bagaimanapun pasaran-pasaran utama seperti China dan Jepun masih tertutup kepada dunia.

Ini menurut ketua IATA Encik Walsh, sebagai sesuatu yang mengecewakan dan tidak saintifik.

Encik Walsh menambah syarikat-syarikat penerbangan yang menyasarkan pemulihan tahun ini, akan mengalihkan tumpuan dari negara-negara tersebut ke negara seperti Singapura.

Pemerintah sudahpun menyatakan tentang kesediaan untuk membuka sempadannya.

Jika Singapura terus membina rangkaian dan memperbaiki keberkesanannya,ia akan adapat mengatasi hab-hab udara yang lebih besar seperti Hong Kong.

Bagaimanapun Encik Walsh mengingatkan persaingan akan datang dari hab-hab udara yang kian berkembang seperti di Timur Tengah.

Doha misalnya telah kembali ke paras sebelum pandemik manakala Arab Saudi giat mengembangkan perusahaan pelancongannya, bagi menarik lebih banyak perjalanan udara ke negara itu.

Encik Walsh juga yakin permintaan penumpang udara akan berkembang walaupun harga tiket meningkat di tengah-tengah harga minyak yang melambung.

Dengan kos penerbangan dijangka naik 10 peratus, Encik Walsh menyifatkannya sebagai cabaran perniagaan seperti biasa dan harga seharusnya kekal stabil bagi baki tahun ini.

Sumber : CNA/AA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan