Industri luar pesisir S'pura bangkit semula, namun jauh dari paras kemuncaknya
Industri luar pesisir dan marin yang menghambat pertumbuhan ekonomi Singapura sejak tiga tahun kebelakangan ini, sudah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan, namun belum berupaya mencecah paras kemuncaknya dalam masa terdekat ini.
(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Industri luar pesisir dan marin yang menghambat pertumbuhan ekonomi Singapura sejak tiga tahun kebelakangan ini, sudah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan. Namun para eksekutif industri tidak menjangkakan kebangkitan itu berupaya mencecah paras kemuncaknya dalam masa terdekat ini.
Industri ini beransur pulih selepas harga minyak naik semula. Peningkatan 28.3 peratus pada bulan Jun berbanding tempoh yang sama setahun lalu pada hasil pengilangan marin dan kejuruteraan luar pesisir adalah yang tertinggi sejak Mac 2014.
Namun syarikat-syarikat yang terjejas menjangkakan tempoh pemulihan yang panjang.
Penyelam khas dan jurutera pelantar di perairan Asia Tenggara sudahpun menamatkan tugas masing-masing dan tidak mungkin bersedia menerima gaji yang lebih rendah.
Bank-bank yang pernah mengalami kerugian akibat sektor tersebut juga keberatan untuk memberikan pinjaman.
Harga minyak juga perlu dikekalkan bagi memastikan kebangkitan itu dapat bertahan sehingga tahun depan demi merangsang sentimen pelanggan, kata CEO Thomas Tan kepada Reuters.
"Hakikatnya peningkatan pada harga minyak akan memberi (syarikat) dana yang mencukupi untuk melaburkan semula dana tersebut dan ini mungkin berlaku pada tahun depan," tambah beliau.
"Mereka sedang meningkatkan pelaburan, namun bukan secara besar-besaran. Permintaan masih agak lembab."
Sumbangan hasil pengilangan sektor luar pesisir dan kejuruteraan marin merosot lebih 50 peratus sejak 2014 kepada sekitar satu peratus daripada ekonomi negara.
Namun kesannya menjangkaui pengilangan:
Syarikat-syarikat hartanah pula semakin tertekan, dengan syarikat-syarikat kini tidak lagi memerlukan ruang pejabat yang besar dan jumlah pekerja yang ramai.
Syarikat-syarikat besar seperti Keppel Corp dan Sembcorp Marine juga menyatakan baru-baru ini bahawa mereka tidak menjangkakan proses pemulihan yang pantas.
"Walaupun sentimen secara keseluruhan dan perbelanjaan modal sudah mula meningkat, ia akan mengambil masa sebelum tempahan baru boleh berlaku," kata ketua eksekutif Sembcorp Marine, Wong Weng Sun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.