Skip to main content

Kewangan

Industri kereta sewa kian sengit, sekurang-kurangnya 4 pemain baru gantikan Uber

Dengan syarikat kereta sewa privet Uber bakal menghentikan operasinya di sini esok (7 Mei), para pemain baru sudah bersedia menyertai pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 May 2018 09:09PM Dikemas Kini : 06 May 2018 11:46PM

SINGAPURA: Dengan syarikat kereta sewa privet Uber bakal menghentikan operasinya di sini esok (7 Mei), para pemain baru sudah bersedia menyertai pasaran.

Namun begitu, apakah yang diperlukan untuk memastikan syarikat-syarikat ini mampu bertahan dalam industri yang sengit?

Dari khidmat tempahan teksi pihak ketiga kepada khidmat bas ulang-alik dan juga penghantaran makanan. Pasaran kereta sewa privet sudah berubah beberapa tahun kebelakangan ini.

Permintaan yang meningkat bagi khidmat kereta sewa menarik syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menembusi pasaran berkenaan.

Misalnya, aplikasi kongsi kereta tempatan Ryde dan dari India, Jugnoo sudah menyediakan khidmatnya. Dua lagi syarikat juga sudah mengesahkan akan menyertai pasaran itu menjelang bulan Julai.

Dengan pemerolehan Grab ke atas perniagaan Uber di Asia Tenggara pada bulan Mac, kemasukan pemain-pemain baru ini membantu untuk mengurangkan kebimbangan tentang monopoli pasaran.

SIAPA BAKAL KEKAL DALAM INDUSTRI?

Beberapa pakar yang ditemui berkata ia bergantung kepada jumlah yang mampu dibelanjakan syarikat untuk meningkatkan operasi. Syarikat juga perlu mencari cara yang terbaik untuk menarik lebih ramai pemandu.

Jugnoo, misalnya, memperkenalkan sistem peletakan harga yang membolehkan para pemandu meletakkan harga semasa membuat bidaan untuk tempahan penumpang. Ryde pula berharap dapat menarik lebih ramai pemandu dengan yuran komisen yang lebih murah.

Para pakar turut berkongsi tentang teknologi baru dan pendekatan yang lebih khusus mampu mengukuhkan kedudukan pemain-pemain baru ini.

Walau apapun kehadiran pemain-pemain baru ini dapat memastikan pasaran terbuka dan berdaya saing, sekali gus memberi manfaat kepada penumpang dan pemandu. 

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita