Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Indonesia tidak mungkin naikkan harga bahan api bersubsidi pada suku ketiga

Indonesia tidak akan menaikkan harga bahan api bersubsidi pada suku ini, kata seorang menteri kanan pada Sabtu (20 Ogos), menurut CNBC Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia tidak mungkin naikkan harga bahan api bersubsidi pada suku ketiga

Seorang atendan pam minyak mengisi minyak ke dalam botol air di sebuah stesen minyak di Jakarta pada 29 Mei 2022. (Gambar: ADEK BERRY/AFP)

Diterbitkan : 20 Aug 2022 05:51PM Dikemas Kini : 20 Aug 2022 05:51PM
JAKARTA: Indonesia tidak akan menaikkan harga bahan api bersubsidi pada suku ini, kata seorang menteri kanan pada Sabtu (20 Ogos), menurut CNBC Indonesia.

Ini sekali gus meredakan jangkaan bahawa pemerintah mungkin mengumumkan kenaikan harga pada minggu depan.

Ketua Menteri Ekonomi Airlangga Hartarto berkata pemerintah masih sedang menyemak beberapa senario berkaitan subsidi bahan api, namun beliau tidak pula memberikan butiran lanjut.

"Sila tunggu (keputusan) daripada mesyuarat bersama presiden," katanya sambil menambah bahawa pemerintah masih sedang melakarkan satu skim digital bagi menghadkan pengagihan bahan api bersubsidi.

Lantaran itu, kenaikan harga bahan api mungkin tidak akan diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini, kata beliau.

Sebelum ini, seorang lagi menteri kanan berkata Presiden Joko Widodo mungkin akan mengumumkan kenaikan harga bahan api pada minggu depan bagi mengurangkan perbelanjaan untuk subsidi tenaga.

Encik Jokowi menyifatkan subsidi tenaga berjumlah 502 trilion rupiah (S$46 bilion) tahun ini sebagai "terlalu besar".

Buat masa ini, warga Indonesia membayar 7,650 rupiah (S$0.72) bagi setiap liter gasolin bersubsidi, yang menurut pihak berkuasa adalah sekitar 40 peratus lebih rendah berbanding anggaran harga pasaran.

Diesel bersubsidi pula dijual pada harga 5,150 rupiah (S$0.48) bagi setiap liter iaitu kurang sepertiga daripada harga pasaran.
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa