Skip to main content

Kewangan

Indonesia pertimbang insentif kekalkan dolar Amerika dalam pasaran domestik

Pemerintah Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menawarkan insentif bagi menggalak orang ramai memasukkan dolar Amerika Syarikat yang mereka pegang ke dalam pasaran kewangan domestik dan bukan menghantarkannya ke luar negara, kata menteri kewangan pada Jumaat (19 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia pertimbang insentif kekalkan dolar Amerika dalam pasaran domestik

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa, bercakap kepada para wartawan selepas istiadat pelantikannya di Istana Presiden di Jakarta, Indonesia, pada 8 September 2025. (Gambar fail: REUTERS/Willy Kurniawan)

Diterbitkan : 20 Sep 2025 05:28AM
JAKARTA: Pemerintah Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menawarkan insentif bagi menggalak orang ramai memasukkan dolar Amerika Syarikat yang mereka pegang ke dalam pasaran kewangan domestik dan bukan menghantarkannya ke luar negara, kata menteri kewangan pada Jumaat (19 Sep).

Encik Purbaya Yudhi Sadewa berkata langkah itu bertujuan meningkatkan rizab pertukaran asing negara serta menyediakan pembiayaan dolar yang mencukupi bagi pelbagai projek.

"Saya baru tahu bahawa setiap bulan, ramai rakyat Indonesia yang menghantarkan wang ke luar negara... Kami akan mengelakkan perkara ini dengan menyediakan insentif yang menarik supaya mereka tidak perlu bersusah payah menghantar dolar mereka ke luar negara," kata beliau pada satu sidang media.

Beliau berkata insentif itu akan direka bentuk menggunakan sebuah skim yang berasaskan pasaran.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita