Skip to main content

Kewangan

Indonesia kurangkan kuota hasil lombong untuk sokong harga komoditi, kata menteri

Pemerintah Indonesia akan mengurangkan kuota pengeluaran perlombongan untuk menyokong harga komoditi seperti arang batu, kata Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral, Bahlil Lahadalia, dalam satu wawancara saluran berita tempatan TvOne pada Selasa (30 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia kurangkan kuota hasil lombong untuk sokong harga komoditi, kata menteri
Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Bahlil Lahadalia. (Gambar: REUTERS/Willy Kurniawan)
Diterbitkan : 30 Dec 2025 10:04PM
JAKARTA: Pemerintah Indonesia akan mengurangkan kuota pengeluaran perlombongan untuk menyokong harga komoditi seperti arang batu, kata Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral, Bahlil Lahadalia, dalam satu wawancara saluran berita tempatan TvOne pada Selasa (30 Dis).

Kata beliau, pemerintah berhasrat memastikan harga komoditi mineral berada pada tahap yang “munasabah”, sekali gus membolehkan pemerintah memperoleh hasil yang lebih tinggi.

“Kami sedang mengurangkan pengeluaran di bawah RKAB,” kata Encik Bahlil, sambil merujuk kepada dokumen pelan pengeluaran tahunan yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat perlombongan untuk mendapatkan kelulusan pemerintah.

“Apabila harga berada pada paras yang baik, perniagaan boleh meraih keuntungan yang lebih tinggi dan negara pula dapat mengutip bayaran royalti serta cukai yang lebih baik. Inilah yang sedang kami usahakan sekarang,” tambah beliau.

Encik Bahlil menyorot kejatuhan semasa harga arang batu, tetapi tidak memberikan sebarang petunjuk sejauh mana kuota akan dikurangkan bagi arang batu atau mineral lain, seperti nikel.

Harga nikel di Shanghai meningkat lebih tiga peratus pada Selasa susulan laporan mengenai rancangan Indonesia untuk mengurangkan pengeluaran nikel pada 2026.

Indonesia merupakan pengeksport terbesar dunia bagi arang batu terma dan produk-produk nikel.

Encik Bahlil juga menambah bahawa pengurangan pengeluaran itu juga bertujuan menangani kesan kegiatan perlombongan terhadap alam sekitar.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita