Indonesia komited perkenal bahan bakar bio B40 pada 1 Jan, kata menteri
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Indonesia kekal komited untuk mula melaksanakan campuran wajib 40 peratus bahan bakar bio dengan bahan api berasaskan minyak kelapa sawit, atau B40, pada 1 Januari 2025,
Demikian menurut ketua menteri ekonominya pada Jumaat (29 Nov).
Indonesia, pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia, sekarang ini menggunakan B35, iaitu 35 peratus campuran bahan bakar bio berasaskan minyak kelapa sawit.
Encik Airlangga Hartarto berkata pelaksanaan B40 adalah "sumbangan konkrit kepada dunia" memandangkan ia boleh mengurangkan penlepasan gas karbon dioksida sebanyak sekitar 40 juta tan metrik.
Beliau juga berkata agensi dana minyak kelapa sawit Indonesia akan dapat membiayai jurang antara kos bahan api berasaskan minyak kelapa sawit dengan bahan api fosil.
B40 akan meningkatkan penggunaan minyak kelapa sawit Indonesia bagi bahan bakar bio kepada 13.9 juta tan metrik, daripada anggaran 11 juta tan yang diperlukan tahun ini dengan B35,seperti yang dianggarkan persatuan pengeluar bahan bakar bio APROBI Indonesia sebelum ini.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.